NAJIB KATA TAMBAHAN 5 JUTA UNTUK MP BN UNTUK MEMBELI HATI AHLI PARLIMEN ....DAKWA WONG

OLEH: AZMI AZMAN




SANDAKAN:- Bersabit  dengan pengumuman Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  bahawa akan menambahkan peruntukan untuk ahli Parlimen BN pada tahun depan, lebih tinggi daripada peruntukan kini iaitu RM5 juta, Ahli Parlimen Sandakan  mengutuk keras-kerasnya  tindakan  Najib  ini adalah seolah-olah “membeli hati” ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak bersuara tentang isu 1MDB dan dana 2.6billion, menghalang mereka daripada menyokong pelaksanaan undi tidak percaya di Parlimen ke atas PM Najib.

Tambah Wong, BN terdapat 134 ahli Parlimen, mengikut pengiraan peruntukan sekarang iaitu RM5juta, ini telah menelan RM670juta dana negara, jika tahun depan menambah peruntukan tersebut, maka akan melebihi RM700 juta hingga RM1billion!

“Lagipun, kita tidak tahu sejak bila peruntukan tersebut ditambah dari RM1 juta kepada RM5juta, setahu kita selama ini hanya peruntukan RM1juta diberikan, tetapi secara senyap-senyap ditambahkan 5 kali ganda, kini hendak menambah lagi, ini adalah amat tidak munasabah! Rakyat berhak tahu sejak bila RM5 juta tersebut ditambahkan, dan bagaimanakah ahli Parlimen menggunakan peruntukan tersebut?”

Stephen Wong juga Ahli Parlimen Sandakan berpendapat bahawa, tindakan PM ini adalah untuk mengukuhkan sokongan daripada ahli Parlimen BN, supaya mereka tidak berkata apa-apa tentang PM.

Kata beliau, menambahkan peruntukan dapat memberi perkhidmatan kepada rakyat, tetapi kegunaan wang tersebut tidak transparen, walaupun setiap tahun ahli Parlimen BN diberikan peruntukan RM5juta, tetapi adakah ia digunakan ke atas masyarakat dan kehidupan rakyat? Ia tidak diumumkan secara telus.

Beliau berkata, parti pembangkang tidak mendapat layanan yang adil, peruntukan kawasan Parlimen parti pembangkang diserahkan oleh pemimpin yang disyorkan oleh BN, akhirnya ramai rakyat menyalahkan parti pembangkang kerana tidak memberikan peruntukan dan pembangunan, BN menggunakan cara ini untuk menang hati pengundi dan menyerang ahli Parlimen parti pembangkang.

Beliau berasa amat kecewa, kerana kini ekonomi negara merosot, nilai mata wang Ringgit semakin jatuh, pendapatan petroleum negara berkurangan, tetapi kerajaan bukan sahaja tidak berjimat-cermat untuk memperbaikan ekonomi negara, malah menambahkan peruntukan untuk menambat hati ahli Parlimen, ini seolah-olah politik lebih penting daripada kepentingan rakyat jelata. Kata beliau, kerajaan harus mengurangkan peruntukan tersebut, menumpukan perhatian untuk memperbaiki ekonomi negara, melaksanakan pentadbiran yang lebih cekap untuk mempertingkatkan infrastruktur asas dan kehidupan rakyat.


Kata beliau, PM tidak memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen parti pembangkang, seolah-olah mengabaikan rakyat yang mengundi kepada parti pembangkang, mengetepikan kawasan Parlimen parti pembangkang. Di bawah sistem demokrasi, kerajaan sepatutnya melayan seluruh rakyat secara adil, tidak kira rakyat mengundi kepada parti pembangkang ataupun BN.
\
Di sebaliknya, negeri Selangor dan Pulau Pinang yang ditadbir oleh parti pembangkang, ada memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen BN, supaya mereka dapat membantu kawasan mereka menjalankan pembangunan yang minor.

Wong berkata, ini adalah jelas bahawa BN mengetepikan kawasan Parlimen parti pembangkang. Beliau berharap pengundi dapat lihat dengan jelas hal sebenarnya, dan memahami situasi parti pembangkang, kerana menyokong parti pembangkang adalah berharap untuk “UBAH”, mengubahkan keadaan negara, menambahbaikan ekonomi dan kehidupan rakyat, supaya rakyat mendapat kehidupan yang lebih baik.



No comments:

Post a Comment