KENYATAAN WAN ADNAN MAMAT 2.6BILLION SEBAGAI KEBUDAK-BUDAKAN KATA MP SANDAKAN.

OLEH: KREW DAP

SANDAKAN:- Berhubung dengan ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan  Mamat bahawa sumbangan 2.6billion adalah sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam, Ahli Parlimen (DAP)  Sandakan Stephen Wong menyifatkan kata-kata tersebut adalah kebudak-budakan dan tidak dapat meyakinkan orang.

Wong menyeru pemimpin dan penyokong UMNO supaya jangan memberikan ucapan yang tidak matang, menyebabkan keadaan bertambah teruk dan diketawakan oleh seluruh dunia. Wong juga mengkritik kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO tersebut, tiada orang akan percaya mahupun kanak-kanak.

Wong berkata, Malaysia telah menjadi bahan ketawa di antarabangsa disebabkan isu 1MDB dan dana 2.6billion, pemimpin UMNO harus berwaspada semasa berucap dan bertindak.


Wong berkata, ucapan Ketua Umno Bahagian Kuantan tersebut, bukannya mendedahkan kebenaran dan hal sebenarnya, tetapi menjatuhkan lagi imej negara kita.

No comments:

Post a Comment