JANGAN PERSOALKAN 1MDB KALAU MAHU KEKAL JAWATAN DALAM KABENET ATAU BADAN KERAJAAN?

OLEH: PAPARAJE A/L RAMASAMY


AHLI-ahli UMNO yang telah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan samada ada  jawatan yang disandang dalam barisan kabenet persekutuan yang mahu selamat mengekakalkan jawatan masing-masing jangan mempersoalkan 1MDB buruk akibatnya nanti.

Ini selas  beberapa orang anggota kabenet persekutuan yang telah digugurkan daripada menjawat jawatan penting khususnya menteri  daripada beberapa  kementerian berkenaan.

Bukan kah Perdana Menteri sendiri telah menegaskan berkali-kali  sesiapa saja menteri yang tidak sehaluan  dan sekepalanya  yang suka mempertikaikan soal 1MDB dijadikan isu besar memang akan menjadi mangsa menyingkiran ini sudah terbukti di mana empat orang menteri telah dipecat serta merta.

Dalam konteks ini kita telah melihat sendiri orang-orang yang masih memegang jawatan penting dalam kabenet persekutuan walaupun mereka nampaknya tidak begitu senang hati terhadap prilaku Perdana Menteri terpaksa angkat kaki sama ada pura-pura menyokong tindakan PM memecat 4 orang itu atau disebaliknya demi menyelamatkan jawatan masing-masing.

Ramai pemimpin yang tukang angki kepada PM antaranya Mohd Nazri  yang berapi-rapi kita tadak tahu apa sebenarnya motifnya dia buat demekian.

Keberanian Timbalan Presiden UMNO yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Hj Muhyiddin Yassin  berkali-kali mendesak kepada PM (Najib) supaya mendedahkan kes1MDB kepada umum demi kepentingan  dan menyelamatkan kerajaan Barisan Nasional dan Negara.

Tindakan Muhyiddin itu seharusnya mendapat  sokongan padu daripada ahli-ahli UMNO kerana apa yang dilakukannya semata-mata demi kepentingan kerajaan BN bukan untuk kepentingan pribadi Najib.

Bagi masyarakat  bukan bumiputera seperti Cina. India kes 1MDB memang kes serius perkara ini perlu disiasat kerana melibatkan dana kerajaan dan rakyat disinilah mulanya luntur sokongan rakyat terhadap kerajaan BN  terutama sekali bagi masyarakat Kadazan-Murut dan Dusun kalau di Sabah.

Desas desus mengatakan  bila menjelangnya PRU 14 nanti parti pertama yang bakal meninggal BN ialah MCA, MIC dan Gerakan kemudian PBS, UPKO, LDP dan PBRS  kerana mereka telah kehilangan pucuk kepimpinan BN persekutuan dan kepimpinan BN negeri.



No comments:

Post a Comment