BENAR KAH SEDEKAH-DERMA UNTUK SI MISKIN?



DARI KACAMATA ISMAILY BUNGSU

BIASAnya kala disebut sedekah atau derma ini umumnya hanya buat orang susah dan jarang orang kaya kena sedekahi atau kena kasih derma dan kalau ada itu nampaknya ganjil dan luar biasa.

Sedekah/derma memang untuk orang miskin yang tidak berupaya dan kalau ada biasanya kalau jumlah juta-juta masuknya dulu ke akaun JK khas yang ditubuhkan dan jarang ke individu.

Derma parti kata Najib mesti masuk ke akaun parti elak korupsi, tetapi aneh bin ajaib yang 2.6 bilion itu masuk ke akaun peribadi dan lesap entah ke mana dan kebetulan duit 42 bilion 1MDB entah ke mana tiada jawaban.

Bila di sebut PM Najib makna itu terkait Malaysia sebab dia PM Malaysia dan bila dia minta sedekah/derma maka jelas Malaysianlah yang minta derma dan Najib hanya ketua dan menerima derma/sedekah itu.

Apakah bila disebut sedekah/derma yang kaya layak menerima?
Najib penerima derma/sedekah sedang dia orang kaya naik jet dan rosmah beli belah luar negeri juta2 dan punya cincin serta anak bisa bikin filem porno belanja sekitar 500 juta. miskinkan Najib dan miskinkan Rosma hingga sanggup terima derma/sedekah?

Susah sangatkah dimengerti kasus ini?
Aneh bin ajaib dalam dunia ini ada pula malaikat yang baik hati menderma tanpa apa-apa mahunya dan ini memang luar biasa segala tambah luar biasa derma RM2.6 bilion.

Bagus jugalah Najib terus minta derma/sedekah dari arab yang kaya raya dan kalau memang ada lagi menderma, maka hebatlah si Najib ini dan rakyat bakal kaya kesan derma/sedekah orang lain seolah Malaysia itu OKU alias orang cacat kesan minta derma tadi.



No comments:

Post a Comment