ZAKARIA SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA KETUA KAMPUNG BULAN RAMADAN


GAMBAR KELIHATAN.....Zakaria (dua kiri) kelihatan sedang menyampaikan sumbangan kepada Ketua Kampung sambil diperhatikan oleh Juslie serta pegawai-pegawai lain di Kampung Wawasan Jaya





OLEH: SHAIMON S JUMADI

GUM-GUM:-   Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan diteruskan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk-penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gum Gum oleh Wakil Rakyatnya Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol.

Hampir 400 orang dari enam buah kampung menerima sumbangan sempena program Bantuan Ramadan kedua-dua pemimpin tersebut.

Program berkenaan telah diadakan bermula sejak minggu lepas. Para penerima adalah dari Kampung Wawasan Jaya, Kampung Sungai Kapor, Kampung Pertanian, Kampung Garinono , Kampung Kitagas dan Kampung Sinar Harapan.

Hadir bersama dalam program-program penyampaian sumbangan itu ialah Pemimpim Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said , Pegawai Kemajuan Masyarakat DUN Gum Gum Rosly Aziz, pemimpin masyarakat setempat serta pegawai-pegawai lain dari Pejabat Unit PPM Gum Gum dan pejabat Parlimen Libaran.


No comments:

Post a Comment