TINDAKAN JABATAN PERHUTANAN SABAH KENAKAN CAJ RM2.00 MASUK KE TAMAN HUJAN SATU BEBAN KEPADA PENGUNJUNG.....KATA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt menyifatkan tindakan Jabatan Perhutanan Sabah mengenakan caj kepada para pengunjung ke Taman Hujan di Taman Tshung Ngen adalah diwajar.

Dalam hal ini kerajaan sepatut menggalakan rakyat bersenam beriadah agar melahirkan masyarakat yang sihat  cergas dan cerdas jika masuk ke taman itu dikenakan bayaran RM2.00 setiap seorang ini boleh mengurangkan orang ramai  datang atau berkunjung ketaman rekreasi untuk bersenam atau beriadah.

Kata Wong lagi sejak taman itu beroperasi tiada sebarang bayaran dikenakan kepada para pengunjung tetapi kini pihak Jabatan Perhunan Sabah telah mengenakan caj bayaran kepada setiap pengunjung yang masuk ke taman itu dan system yang diguna pakai ini adalah menjurus bertentangan dasar kerajaan untuk orang ramai bersenam sekaligus melarang orang ramai mendekati alam semula jadi itu.

Perlu dijelaskan disini ramai penduduk daerah Sandakan yang berjoging setiap hujung minggu sebagai menyahut seruan pakar kesihatan agar banyakan bersenaman akan tetapi pihak Jabatan Perhutanan Sabah telah mengenakan caj masuk ke taman itu ini adalah satu beban yang ditanggung oleh para pengunjung walaupun bayaran hanya RM2.00 kalau membawa keluarga sehingga 4 atau 5 orang sudah berapa jumlah RM10 .00 dua kali dalam seminggu sudah berapa jumlah RM20.00 dalam sebulan RM80.00  bukan kah jadi beban kepada para pengunjung.


Jabatan Perhutanan Sabah adalah merupakan agensi kerajaan yang banyak mendapat hasil untuk kerajaan Negeri Sabah disamping itu juga giat membuat kerja-kerja amal social dalam perlindungan hidupan liar dan melindungi hutan taman rekreasi yang dikunjungi oleh orang ramai khususnya pengunjung setempat seharusnya percuma.

Kata Wong lagi tindakan Jabatan Perhutanan mengenakan  caj masuk ke Taman Hujan itu adalah benar-benar menjejaskan tarikan para pengunjung setempat.



No comments:

Post a Comment