RUMAH TERBUKA RAYA ANJURAN PARLIMEN SANDAKAN (DAP) DAPAT SAMBUTAN MERIAH

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftri Bersama Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang diadakan diperkarangan perumahan Flat MPS Sim-Sim baru-baru ini telah mendapat sambutan meriah.

Seramai lebih 200 penduduk setempat telah menyaksikan acara persembahan nyayian dan tarian traditional  terrmasuk cabutan tiket bertuah.


SUMBANGAN RAYA Wong menghulur Ang Paw  raya kepada salah seorang warga mas


Sebuah Band  yang tidak asing lagi di daerah Sandakan The Melody Group pimpinan Shaimon S Jumadi yang mengiringi dari awal hingga akhir rancangan telah memukau para penonton dengan lagu berjudol  Pewangi yang  dinyanyikan  oleh vocalist utama band tersebut iaitu Rudy Karim dan lagu-lagu raya nyanyian Awang Masran
 
Walaupun Lead Guitarist Shaimon S Jumadi tidak dapat turut serta memetik guitarnya kerana beliau  sedang  terlantar 2 minggu di Hospital akibat kakinya cedera parah gigit kucing namum band melody telah berjalan dengan lancar.


ANGGOTA-ANGGOTA   THE BAND MELODY GROUP DI BAWAH PIMPINAN SHAIMON S JUMADI

Ketika berucap  Wong menjelaskan tujuan majlis raya disambut adalah untuk memupuk  semangat  perpaduan di kalangan rakyat majmuk untuk sama-sama bergembira menyambut suasasa hari raya.


Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Batu Sapi Haji Hamza Abdullah  dan lain-lain  pemimpin kanan PR daripada pelbagai kawasan.


Sejurus selepas menikmati hiburan dan sajian  Wong kemudian memberikan AngPaw Raya kepada warga emas



No comments:

Post a Comment