PERANAN RAHIMAH TERPUJI TERUS MEMBANTU KEPADA YANG MEMERLUKAN DI BULAN RAMADAN INI

OLEH: SHAIMON S  JUMADI

PENYERAHAN..... Rahimah menyumbangkan Kipas Angin untuk kegunaan Surau Kampung Bakau


BATU SAPI:-  Sambil menjalani ibadah puasa di bulam Ramadan Al-Mubarak ini bulan yang mulia  sambil banyak bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan ia juga merupakan satu ibadah amal jariah dan akan  mendapat pahala daripada Allah SAW kerana dituntut agama Islam.

Itulah peranaan yang dilakukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah yang tiada titik noktanya terus membantu memberi sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan di mana Surau Kampung Bakau dalam lingkungan kawasan Batu Sapi telah menerima sumbangan  Kipas Angin.

Semoga  doa daripada Jemaah surau berkenaan amal jariah yang dilakukan oleh Rahimah  akan mendapat baraqah dari Allah SAW dan dimurahkan rezekinya berlipat ganda.


MESRA ALAM....Rahimah kelihatan ceria dan mesra ketika menghadiri berbuka puasa di Taman Poh Hing bersama-sama penduduk setempat



Sejurus selepas itu Rahimah terus menjelajah berbuka puasa bersama-sama masyarakat Islam yang diadakan di Surau Abu Bakar As Siddiq Taman Poh Hing sambil solat berjemaah dengan para penduduk taman itu malam tadi.


Kemesraan kelihatan di raut wajah pemimpin Wanita Batu Sapi  seorang pemimpin yang amat diminati oleh penduduk-penduduk setempat khusus Taman Poh Hing kerana berjiwa rakyat.

No comments:

Post a Comment