NAJIB SAMAN SAJA SIAPA HERO SEBENAR NAJIB ATAU MAHATHIR?



CORETAN ISMAILY BUNGSU


( kasus pendedahan WSJ)

RAKYAT MALAYSIA sekali lagi akan menyaksikan aktor2 terbaik naik atas pentas dan tentunya tidak kita harapkan ada U TURN nanti.
Kita mahu melihat aksi2 mereka on stage dan siapalah para hakim menilainya dan lagi baik kalau kes ini dibicarakan di luar negara sebab WSJ terkait di luar negera.
Najib lewat TV terang2 menjelaskan Mahathir dalang sebalik pentas yang mengatur segala macam aktingnya dan apakah ini benar atau sekadar dolak dalik kaitkan orang lain?
Ya, kelihatannya Wall Street Journal (WSJ) dinyatakan kelmarin tetap mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini kalilah, berita terbaik dan rakyat sedang menunggu di luar dewan siapa bakal bawa piala juaranya.
Malah agensi berita itu juga berkata, artikel berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.
Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.
"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.
"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.
Selain itu, Najib melalui setiausaha politiknya semalam telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ.
Sehubungan itu, Brown berkata WSJ tetap mempertahankan laporan mereka.
"Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.
"Ia adalah satu berita yang penting dan kami mengambil perkara ini dengan serius. -mk
"Setiap kali anda melihat pemimpin negara yang telah [...] sekurang-kurangnya bukti itu menunjukkan aliran wang ke akaun peribadi beliau dan ia melibatkan urusan kerajaan, ia sangat dramatik," katanya lagi.
Para aktor sedang siap berlatih dan barangkali ada yang sudah ragu2 atau asyik mencari pengarah lain yang lebih baik tetapi fakta tetap tidak lari ke mana atau fakta2 akan dihapuskan semacam kehadiran Altantuya faktanya di jabatan imigresen.
salam puasa!
ISMAILY BUNGSU
sabah
5/7/2015

No comments:

Post a Comment