KEMELLIA AKTIVIS MASYARAKAT DAN WONG MP SANDAKAN HULUR BANTUAN ANAK-ANAK YATIM WANG RAYA

0LEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Pengerusi  Penaja Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Warga Mas Sandakan (PEKEAYMAS) Dato Seri Kemellia Hassan petang tadi telah mengagih-agihkan ang pow raya seramai 26 orang kepada anak-anak yatim yang tinggal Pusat Anak-Anak Yatim Selawat Nabi Blok B 162 Lorong 9 Taman Sejati Ajuna dekat ini.

Katanya tujuan memberikan sumbangan raya dan barang-barang keperlu kepada  26 orang golongan anak-anak yatim itu selain untuk meringankan beban kepada penjaga juga untuk mencari redhaan Allah dimusim-musim bulan Ramadan yang penuh berakat ini.

“Saya akan bercuti mulai esok  12hb Julai 2015 selepas hari raya baru balik bertugas sekiranya ada-apa-apa hal penting anda boleh kontek nombor 013-8882409 Pembantu Pribadi saya  iaitu Shaimon S Jumadi dan tinggalkan pesanan jika perlu. Ujarnya.

ALBUM KENANGAN... Dato Seri Kemellia Dato Seri Chin Stephen Wong dan Frankie Poon bergambar sama-sama anak yatim Selawat Nabi Taman Ujana



Dalam pada itu tidak  ketinggalan juga Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang prihatin  tentang nasib anak-anak yatim yang tinggalkan oleh kedua ibubapanya turut menghulurkan sumbangan wang raya kepada anak-anak yatim ditempat yang sama.

Dato Kemellia dalam ucapannya antara lain mengucapkan terima kasih kepada Wong kerana sudi menghulurkan sedikit bantuan wang raya kepada golongan yang memerlukan.

“Walaupun Wong seorang ahli parlimen di pihak pembangkang namun beliau (Wong) seorang berjiwa  rakyat yang sentiasa menghulurkan pelbagai bantuan yang memerlukan syabas YB Wong”  Terangnya.


Turut hadir ialah Dato Seri Chin Si Yin,  Frankie Poon dan para petugas pejabat Parlimen Sandakan, sementara Pembantu Pribadi Dato Kemellia Shaimon S Jumadi yang juga Setiausaha Akhbar Kepada Ahli Parlimen Sandakan  tidak dapat hadir kerana mengalami kecerderaan di bahagian kakinya  selepas di terkam kucing beliau memohon beribu maaf sesuatu perkara yang tidak disengajakan

No comments:

Post a Comment