DATO SERI KEMELLIA AKTIVIS MASYARAKAT UCAP TERIMA KASIH KEPADA ARMANI KERANA MEMBATU INSAN YANG MALANG


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Aktivis Masyarakat  yang tidak asing lagi di negeri ini iaitu Dato Seri Kemellia Hassan  (gambar) mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Ketua Wanita Bahagian UMNO Libaran Datuk Hajah Armani Datuk Hj Mahirddin kerana sudi mengambil keluarga yang malang iaitu Jamilah Abdullah dan suaminya Redzuan Kijan serta anak-anaknya berpindah dari kemah tersebut.

“Pada mulahnya saya memang berniat untuk membawa mereka berpindah dari kemah itu kerumah saya berhampiran Bengkel saya yang terletak di Batu 9 Jalan Labuk dekat sini” katanya  kepada Media Sabah Insider petang tadi.

PRIHATIN.... Ketua Wanita UMNO Bahagian Libaran Datuk Armani berjiwa rakyat kerana membantu insan yang malang itu



“Syukur juga rupanya ada juga insan yang simpati terhadap kehidupan keluarga Jamilah terima kasih Datuk Armani dan yang lainnya kerana sudi untuk membantu insan yang malang” ujar Kemellia.

TANGGUNGJAWAB.. Jabatan Amal Zon Sandakan juga prihatin membantu mereka.


Katanya bila terkeluar gambar di laman social mengenai kehilangan mendadak macam-macam timbul cerita negative yang dilemparkan ada yang mengatakan orang itu tidak boleh dipercayai itu satu dosa memfitnah tanpa adanya usul periksa terlebih dahulu.


“Saya berdoa semoga mereka sekeluarga hidup bahagia seperti orang lain pertama hendak menyambut hari lebaran yang semakin hampir menjelang ini” kata Kemellia lagi.

DATO SERI KEMELLIA seorang Aktivis Masyarakat yang sentiasa membatu insan-insan yang malang.



“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Zon Sandakan kerana sudi membantu mereka membawa segala barang-barang keperluan untuk mereka tak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada pihak media portal online The Sabah Insider.net kerana banyak membantu  memainkan peranan menyeberkan berita ini sehingga diketahui umum syabas Sabah insider dan terima kasih kepada ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sandakan Datuk Hj Awang Kadin kerana sudi menghulur bantuan kepada keluarga malang itu” Ujarnya


No comments:

Post a Comment