ADUN SEKONG DAN KETUA WANITA BATU SAPI BAGI SUMBANGAN PUSAT ZAKAT KEPADA GOLONGAN ASNAF


OLEH; SHAIMON S JUAMDI


BANYAKAN BERSEDEKAH....dibulan ramadan banyak pahala...Samudin


BATU SAPI:- Program Jelajah ke kawawan kepulauan di sekitaran kawasan DUN Sekong dan Parlimen Batu Sapi telah  berjaya dilaksakan oleh  UMNO Bahagian Batu Sapi dengan gandingan kerja bersepadu  Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi kelmarin.

Jelajah kepulau-pulau itu diketuai sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi  Datuk Hj Samsudin Yahya dan Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.

Mereka pergi kepulau-pulau di Zon Sekong bersama rombongan adalah bertujuan untuk memberikan bantuan dan sumbangan Pusat Zakat kepada golongan asnaf setempat.

“Dibulan Ramadan yang penuh keberkatan ini Umat Islam  yang berkemampuan di saran untuk memberi atau menghulur sumbangan kepada golongan asnaf yang memerlukan untuk keperluan bagi mereka menyambut hari raya secara sedarhana” kata Samsudin.
  

“Selain berpasa di bulan Ramadah ia merupakan ibadah yang dituntut Islam sebagai rukun Islam ke empat buat amal jariah seperti  memperbanyakan bersedekah kepada golongan fakir miskin, anak-anak yatim dan orang-orang tua (warga mas) juga merupakan satu ibadah juga yang akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah SAW berlipat ganda” Kata Rahimah.

No comments:

Post a Comment