SEMUA AJK MASJID DAN SURAU DAPAT SUMBANGAN DARIPADA ADUN SEKONG...KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TERIMA KASIH DATUK..... Jumadil Dulamit menerima cek tunai sumbangan daripada  ADUN sekong

BATU SAPI:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya telah memberikan sumbangan berupa cek  tunai kepada seluruh Masjid dan Surau di kawaasan DUN Sekong.

Tujuan memberi sumbangan itu adalah untuk keperluan Masjid dan Surau berkenaan seperti mengecat bangunan Masjid dan Surau agar kelihatan indah terutama sekali untuk menyambut hari lebaran.

Orang pertama yang menerima sumbangan tersebut ialah Jumadil Dulamit Pengerusi Surau Taman Melantah cek diserahkan sendiri oleh Samsudin dalam satu majlis penyampaian itu pada petang tadi.

Sementara Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah turut menyaksikan upacara majlis penyampaian sumbangan itu kepada pengerusi-pengerusi Masjis dan Surau berkenaan.


Kata Rahimah Samsudin adalah merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat sentiasa memberi bantuan apa saja yang diperlukan untuk kepentingan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment