RAHIMAH TURUT SERTA MENJELAJAH BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT ISLAM BATU SAPI

CORETAN DARI HATI KEHATI EDITOR
SHAIMON S JUMADI
Sabahinsider14.blogspot.com


SEBAGAI  pemimpin masyarakat Islam khususnya di kawasan Batu Sapi sudah menjadi tanggungajwab dan kewajiban untuk menjalani ibadah puasa  khasnya dibulan Ramadah Al- Mubarak yang penuh keberkatan ini.

Bulan Ramadan adalah merupakan bulan suci bagi  umat Islam ia salah satu  bulan bukan saja bulan untuk  beribadah tetapi juga bulan perpaduan, bulan keinsafan, bulan rezeki  dan bulan bersedekah


Jelas sekali di musim-musim bulan Ramadan selama sebulan kita berbuka puasa bersama-sama  masyarakat  Islam ada juga hadiri bukan Islam turut sama berbuka puasa di sinilah pintu wujudnya perpaduan kaum dikalangan majmuk.

Apa lagi kalau  menjelajah dari surau-kesurau dari masjid ke masjid besar ganjaran dan pahalanya yang diberikan oleh Allah SAW  seperti yang dilakukan oleh Ketua  Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah yang turut  serta menjelajah berbuka puasa dimemerata tempat bersama-sama masyarakat setempat.

Disinilah kita telah nampak seorang pemimpin wanita yang tahan lasak boleh  gelar sebagai Giant Women tidak pernah rasa jemu melayan karenah ahli-ahlinya apa sajalah masalah dapat diatasi walaupun tidak secara drastic (mendadak).

Jadi seorang pemimpin politik bukannya semudah itu kerana sentiasa dan harus berdepan dengan situasi getir pahit suka dan duka mesti  dihadapi.

Namun jelas kepimpinan Rahimah boleh dibanggakan  dengan mengorak lankah setapak demi setapak banyak membawa kejayaan antara JUWITA kawasan Parlimen Batu Sapi sebagai seorang pemimpin wanita yang telah mendapat tempat  dihati rakyat Rahimah telah berjaya mengumpul seramai 200 orang wanita yang berstatus ibu tunggal (janda-balu) bagi mendapatkan pelbagai bantuan khususnya dimusim-musim bulan Ramadan daripada pihak-pihak tertentu.

Kejayaan kedua kita nampak ialah penubuhan Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) kerana ahli-ahlinya begitu berjaya memainkan peranan masing-masing ke arah mencapai matlamat  yang disasarkan dengan erti kata lain mereka berjaya menghasilkan mengeluarkan pelbagai produk makanan ringan sebelum menjelang  bulan Ramadan dan sesudah menjelanynya Ramadan ini semuanya berkat usaha murni dan daya kreatif Rahimah sebagai pendorong kepada ahli-ahlinya untuk menceburi dalam dunia perniagaan secara sedarhana sehingga berjaya produk-produk keluaran KWBBS menembusi pasaran.


Syabas diucapkan Rahimah Asrah seorang pemimpin wanita dinamik yang bakal mewarisi kemimpinan Batu Sapi ataupun Sekong jika diberi peluang di masa-masa akan datang semoga  tersiarnya semua pergerakan aktiviti-aktivitinya melalui  media alam maya ini (internet) yang dibaca oleh semua pemimpin peringkat atasan dan pertengahan akan dapat menilai sendiri keberkesanan  seorang pemimpin wanita ialah tidak lain tidak bukan orang yang bernama Rahimah Asrah.


HADIR... Rahimah hadir berbuka puasa menjelajah


No comments:

Post a Comment