RAHIMAH-SAMSUDIN DAN LINDA TSEN PEMIMPIN GANDINGAN MANTAP BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-  Di bulan Ramadan Al-Mubarak selama sebulan ini semua pemimpin politik tidak kira parti penyokong  kerajaan mahupun parti pembangkang yang ada tanggungjawab masing-masing kelihatan sibuk di sana sini untuk menemui para penduduk.

Mereka bukan datang dengan tangan kosong sahaja namun  membawa segala barang-barang keperluan untuk berbuka puasa dan menyambut hari leberan nanti.

Begitu juga seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah tidak kurangnya sibuk kesana kemari kebanyakan masanya dibuang untuk beribadah selain mengzairahi orang-orang tua disamping menghadiri majlis-majlis berbuka puasa dimasjid mahupun disurau bersama-sama penduduk setempat.

Inilah peranan seorang Wanita Batu Sapi Rahimah yang semakin dekat dihati penduduk semakin di sayangi oleh masyarakat setempat dengan   perjuangannya banyak menjurus membantu kepada insan-insan yang memerlukan.


RAHIMAH sentiasa bersama pemimpin  melawat kampung

Setiap sudut setiap tempat pastinya kita kelihatan Rahimah bersama-sama rakyat begenilah ciri-ciri pemimpin yang boleh disokong untuk jangka masa panjang untuk terus menerajui kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi.
Gandingan mantap Rahimah sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi dengan dua seorang pemimpin antara Datuk Hj Samsudin Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong dan Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi.

Kesefahaman ketiga pemimpin ini begitu intim senang bagi mereka menjalankan sebarang akrtiviti kemasyarakatan di kawasan Sekong dan Batu Sapi kerana mendapat kerjasama antara satu sama lain.


No comments:

Post a Comment