RAHIMAH MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PEMBENTUKAN AJK PELAKSANA FESTIVAL MARHABAN WANITA PARLIMEN BATU SAPI


OLEH: SHAIMON S JUMADI

MEMPENGERUSIKAN  .....Kelihatan Rahimah sedang mengadakan perbincangan mengenai Festival Marhaban Parlimen Batu Sapi dengaN  JHEAINS Badan Dakwah MPS dan AJK Wanita UMNO Batu Sapi


BATU SAPI: Festival Marhaban Wanita Parlimen Batu Sapi 2015 anjuran  Biro Agama Skuad An Nur Wanita  UMNO Batu Sapi   dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian dan Badan Dakwah Majlis Perpandaran Sandakan (MPS)

Pengerusi Penganjur Festival itu yang juga Ketua Pergerakan Wanita Bahgian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkata  demikian semasa mempengerusikan  Mesyuarat pembentukan Ahli Jawatankuasa Kerja Pelaksana dengan para AJK Wanita UMNO Batu Sapi, Pegawai JHEAINS dan Pegawai Badan Dakwah MPS yang diadakan  di pejabat UMNO Bahagian di sini kelmarin.

Kata Rahimah program itu akan diadakan pada  20hb September ini  bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan dan penyertaannya adalah terbuka dan mana-mana kumpulan  Marhaban yang berminat untuk menyertai festival ini mereka boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat UMNO Bahagian Batu Sapi

Rahimah menambah kata  tujuan festival Marhaban  diadakan itu ialah menjurus ke arah mengimarahkan program berteraskan keislaman dan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w....

Selain itu  tambah Rahimah  lagi  ia memberikan pengikhtirafan atas usaha kumpulan-kumpulan Marhaban Wanita Parlimen Batu Sapi agar terus menghidupkan sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w...

“Disamping  itu untuk mengeratkan silaturahim dan perpaduan dalam kalangan ummah ke arah aktiviti dan budaya saling menghormati dan menyayangi.. Semoga usaha diberkati Allah dan dipermudahkan segalanya.. In sha Allah” katanya semasa ditemuibual oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider ketika dihubungi melalui panggilan.











No comments:

Post a Comment