RAHIMAH LANCAR BAZAR FLAT MPS KARAMUNTING

OLEH: SHAIMON S JUMADI

LANCAR BAZAR RAMADHAN.... Rahimah kelihatan bersama penduduk Flat MPS Karamunting sewaktu melancarkan Bazar Ramadan 2015,

BATU SAPI:- Sebagai seorang pemimpin politik khususnya sebagai Ketua Wanita Pergerakan UMNO Bahagian Batu Sapi  iaitu Rahimah Asrah telah mendapat tempat dihati rakyat khususnya para penyokong BN dan UMNO keseluruhan Batu Sapi.

Kepimpinan Rahimah semakin hari semakin menyerlah setiap pergerakan dan langkahnya  telah mendapat tempat di dada-dada media sama ada media cetak ataupun media portal online dengan tersebar luas.

Pada hari pertama Bulan Ramadan Al-Muabarak Rahimah berkesempatan melancarkan Bazar Ramadhan di Flat MPS Karamunting petang tadi.

Bazar Ramadhan yang diusahakan oleh Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat  MPS Karamunting  Haidah Nasrin, Ketua Kampung Amir Bangsa dan turut dibantu oleh orang kuat Cikgu Arif dan beberapa orang ahli jawatankuasa Flat MPS Karamunting
  
“Saya  telah difahamkan terdapat 38 gerai jualan yang menghidangkan pelbagai masakan dan kuih muih yang agak menyelerakan dan harga yang ditawarkan amat berpatutan dan berbaloi dengn juadah yang disediakan..
  
Katanya penglibatan penduduk seramai 38 orang itu yang mengambil bahagian dalam jualan di Bazar Ramadan ia memberi peluang mencara rezeki khususnya dibulan mulia ini untuk membantu keluarga bagi mendapatkan pendapatan untuk keperluan di hari raya nanti.

“Ini usaha sebegini harus diteruskan pada saban tahun kerana berjual itu juga merupakan satu ibadah dalam Islam 99 rezeki adalah datangnya daripada orang berniaga” ujarnya Rahimah.

“Semoga dimurahkan rezki kepada semua peniaga dan sebagai tanda sokongan Pergerakan Wanita menyediakan bantuan Lampu Kecemasan untuk kegunaan pada waktu malam
Semoga usaha diberkati Allah.... 
‪‎Ramadhan Bulan  yang penuh rahmat” Katanya.



No comments:

Post a Comment