PERBUATAN TIDAK BERMORAL SEKUMPULAN PELANCONG GUNUNG KINABALU MERUPAKAN PERBUATAN BIADAP.....KUTUK CHAN

OLEH: AZMI AZMAN


ELOPURA:- Setiausaha parti Gerakan Sabah Chan Tzun Hei berkata perbuatan tidak senonoh kumpulan pelancong  di puncak Gunung Kinabalu bukan sahaja telah melakukan satu kesalahan di sisi undang-undang malah sesuatu yang biadap terhadap rakyat Sabah kerana tidak menghormati kesucian tempat itu.

Seiring dengan ideologi parti Gerakan sebagai parti berbagai kaum, kita saling hormat menghormati  antara kaum, kata Chan yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Sabah di sini kelmarin.

Sabah merupakan sebuah negeri yang unik kerana mempunyai penduduk yang terdiri daripada lebih daripada 32 suku kaum dengan pelbagai kepercayaan, budaya dan adat resam , tambah beliau.

Pelancong-pelancong yang menjadi tetamu kita di Sabah haruslah menghormati budaya  serta adat resam suku kaum di negeri ini, kata Chan.

Dalam perkembangan yang sama, Chan menasihati orang ramai untuk bertindak rasional apabila memberi komen terhadap pemimpin-pemimpin kita berhubung usaha mengadakan upacara untuk “memujuk” semangat gunung yang dikatakan “marah” ekoran insiden bogel berkenaan.

Kita tidak boleh mengabaikan kepercayaan yang berlainan malah kena menghormatinya. Sejak manusia bertamadun, kepercayaan wujud hingga kini, jelas beliau.

“Kita menganalisa gempa bumi yang berlaku di Ranau dari sudut sains tetapi kita juga hendak menghormati kepercayaan suku kaum Kadazandusun yang menganggap Gunung Kinabalu itu satu tempat yang suci,” katanya lagi.




No comments:

Post a Comment