PARTI KEBANGSAAN SABAH (PKS) AKAN DILANCAR DI SANDAKAN.....ABDUL MAID

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Sebuah parti baru ditubuhkan di negeri ini yang dikenali Parti Kebangsaan Sabah atau ringkasnya PKS  telah diluluskan pendaftarannya pada 2hb  Ogos 2013 dan telah dilancar pada 18hb April 2015 di Keningau.

PKS adalah sebuat parti yang berbilang kaum di Sabah dengan berwadahkan perjuangan dalam membela nasib rakyat dan mempertingkatkan semangat muhibbah dan bekerjasama  di kalangan rakyat Sabah yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa kaum dan agama.

Ketua Bahagian Penaja PKS Sandakan  Abdul Maid  Mat berkata  Bahagian PKS Sandakan akan dilancar di Hotel Siang Garden pada 7hb Jun ini jam 1.00 petang.

Presidennya Thomas Anggan  dijangka akan merasmikan pelancaran PKS bagi Bahagian Sandakan.

Kata Abdul Maid antara hala tuju perjuangan PKS ialah mewujudkan semangat muhibbah kerjasama  dan keharmoian dikalangan rakyat Sabah.
 
Disamping untuk memulihkan semangat Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963 kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama  dalam dalam Persekutuan Malaysia dengan memulihkan autonomi kepada rakyat Sabah dalam rangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Maid berkata lagi ia juga bertujuan untuk membentuk pentadbiran negeri yang cekap, telusdan bersih dengan membanteras sebarang aktiviti kronisme  di pelbagai peringkat kerajajandengan melaksanakan polisi “Tender Terbuka” untuk mengelakan pembaziran dan rasuah.



No comments:

Post a Comment