MPWK BATU SAPI BERJAYA LANCAR TABUNG GEMPA BUMI GUNUNG KINABALU.......RAHIMAH




OLEH: SHAIMON S JUMADI

PELANCARAN TABUNG BENCANA....MPWK berjaya menubuhkan Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu.

BATU SAPI:- Mesyuarat gabungan antara Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Batu Sapi (MPWK)  dan Jawatankuasa Ibu Tunggal Batu sapi telah diadakan serentak di Ballroom Sabah Hotel dekat sini pagi tadi.

HADIAH JASAMU DIKENANG... Rahimah menghadiahkan kepada Puan Banun  sebagai mengenangkan jasa baiknya dalam perjuangan Wanita Batu Sapi


Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asrah telah mempengerusikan mesyuarat ketiga-tiga badan itu dan membicangkan perkara-perkara penting berkaitan dengan kemajuan khusus untuk wanita UMNO Batu Sapi.

Sambil itu turut membicangkan di mana MPWK telah berjaya melancarkan penubuhan Tabung Bencana Gempa Bumi Gunung Kinabalu dengan tujuan usaha membantu mangsa keluarga yang terkorban dan untuk  memeringkan sedikit beban yang ditanggung oleh Malim Gunung dan selanjutnya  Rahimah berterima kasih kepada mereka yang telah sudi menyumbangkan

Sebagai mengenangkan jasa perjuangan seorang Wanita lantaran Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi sempat mengadakan Majlis Jasamu Dikenang dan Pengorbanan Mu Dijulang buat Puan Banun

Kata Rahimah ini saja yang termampu untuk membalas budi  jasa baik dengan iringan doa  semoga beliau (Banun) dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tambah Rahimah   semangat dan roh perjuangan beliau adalag=h khusus memberi ilham aspirasi dan inspirasi buat kami sebagai  wanita untuk menerusklan perjuangan ini.

Dalam konteks ini Rahimah sememangnya  paling ketara seorang pemimpin Wanita yang berjiwa rakyat  kerana mampu menangangi segala permasalahan yang dihadapinya dengan tangan terbuka semoga segala usaha murni Rahimah sentiasa diberkati Allah… Amin
  
Mesyuarat yang diadakan lebih dua jam itu turut dihadiri ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC  dan PBS Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment