MP SANDAKAN TURUN PADANG TINJAU BAZAR RAMADAN DAN HADIR BERBUKA PUASA

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Sebagai Ahli Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong tidak pernah melupakan kepada para pengundi khususnya di kawasan  DUN Tanjung Papat dan  DUN Elopura  di bawah naungan Parlimen Sandakan setiap tahun beliau turun padang untuk meninjau lebih dekat lagi keadaan di  Bazar Ramadan yang diadakan di Bandar ini.

Petang tadi Wong bersama tiga orang Pegawai-Pegawai Khasnya  telah melawat ke Bazar Ramadan sambil bersalaman mengucapkan Selamat Berbuasa dan menghulurkan buah kurmah kepada para penjaja di gerai tersebut.

Walaupun Wong sebagai Ahli Parlimen  dipihak pembangkang  namun untuk turun padang bagi menemui rakyat bukanlah satu penghalang ini adalah tugas utama sebagai wakil rakyat.

Beberapa orang penjaja ketika ditemui berkata sudah tiga kali Wong turun padang setiap di bulan Ramadan ini barulah wakil rakyat walaupun dipihak pembangkang dia tidak pernah lupa terhadap pengundinya.

Pada sebelah malamnya sebelum solat magrib Wong bersama rombongannya menghadri majlis Berbuka Puasa dengan kaum muslimin di perumahan Flat MPS Sim Sim dekat sini.

Memang sudah menjadi kelaziman DAP Sandakan yang diterajui oleh Wong  setiap tahun mengadakan majlis berbuka puasa dengan masyarakat Islam di beberapa buah kampung.

Tujuan mengadakan majlis berbuka puasa adalah untuk menjalinkan hubungan mesra kepada masyarakat setempat untuk mengenali antara satu sama lain.

Turut Hadir  sama   mantan calun DUN Tanjung Papat Frankie Poon Amsi Liew dan Dayang Zubaidah Datu Tahil Pegawai Khas Parlimen Sandakan.




No comments:

Post a Comment