MP BATU SAPI SUMBANG PAPAN LAPIS UNTUK 100 BUAH RUMAH KAMPUNG AIR

 OLEH: SHAIMON S JUMADI


GAMBAR KELIHATAN…..Linda (tengah) bersama Jafar serta penduduk Kampung Air ketika menyampaikan sumbangan papan lapis

BATU SAPI:-   Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyampaikan sumbangan papan lapis kepada lebih 100 buah rumah di Kampung Air.

Beliau sendiri telah menyampaikan sumbangan kepada para penduduk semasa melawat perkampungan berkenaan dalam program turun padang beliau.

Antara pemimpin masyarakat setempat yang hadir ialah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Air Jafar Mustafah.

 Beliau berharap sumbangan 12 keping papan lapis kepada setiap rumah yang disalurkan melalui Peruntukan Ahli Parlimennya dapat membolehkan para penerima membaiki rumah mereka.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.



No comments:

Post a Comment