MP BATU SAPI GESA SESB TANGANI GANGGUAN ELEKTRIK DI SABAH


OLEH: SHAIMON S JUMADI



BATU SAPI:-  Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berharap pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan mengambil tindakan yang sewajar untuk menangani kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah.

“Kadar gangguan bekalan elektrik di sesebuah kawasan perlu ditangani agar tidak menjadikan kesulitan kepada proses pembangunan dan juga keselesaan kehidupan rakyat,” kata Linda dalam ucapan ketika perbahasan di Parlimen.

Menurut Linda, beliau telah banyak kali menyuarakan masalah gangguan bekalan elektrik di sabah dan berharap di bawah Rancangan Malaysia Ke 11, perkhidmatan bekalan elektrik terutamanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan dapat dibaiki lagi.

Kestabilan bekalan elektrik bukan sahaja mencerminkan kemajuan sesebuah negara, ianya juga merupakan salah satu faktor yang menjadi penilaian oleh pihak pelabur dari dalam dan luar negara untuk melaburkan modal bagi membangunkan sesuatu projek di sesebuah kawasan, kata Linda.

Sememangnya tenaga elektrik amat penting dan merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh semua rakyat samada di bandar mahupun di kampung – kampung, mahu tidak mahu tidak dapat lari dari menggunakan tenaga elektrik, tambah beliau.

Dalam perkembangan yang lain, Linda berkata bahawa usaha murni kerajaan dengan memperkenalkan projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan program perumahan rakyat di seluruh negara merupakan satu langkah bijak yang boleh membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.

“Ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberi kesejahteraan kepada rakyat di negara ini terutamanya kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana,” kata beliau lagi.

 Adalah amat diharapkan agar projek-projek PR1MAini diperbanyakkan lagi bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini memiliki rumah sendiri, tambah Linda.

“Dengan pembangunan pesat di bandar-bandar utama di sabah, seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, terdapat masalah setinggan yang berpunca dari penghijrahan penduduk-penduduk dari desa ke bandar.

Sehubungan dengan ini,  Linda mencadangkan agar penduduk-penduduk di kawasan setinggan ini, yang banyak terdapat di kawasan parlimen Batu Sapi yang beliau wakili, diberi keutamaan dalam projek-projek PR1MA dan program perumahan rakyat ini.




No comments:

Post a Comment