MP BATU SAPI AKAN GUNAKAN PERUNTUKAN PARLIMEN BAGI BAIKI BUMBUNG SMK MUHIBBAH

OLEH: MOHD SUFFIAN KAMARULZAMAN
   
LAWAT.....Linda  Tsen lawat ke bangunan SMK Muhibbah tinjau masalah


BATU SAPI:-   Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk membina bumbung di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muhibbah.

Linda menyampaikan berita baik itu selepas menerima permintaan pihak sekolah ketika beliau serta pegawai-pegawai beliau membuat lawatan ke sekolah tersebut.

Kerja-kerja membina bumbung itu akan dimulakan dalam tempoh terdekat dan apabila siap kelak, para pelajar serta guru-guru akan terlindung dari kepanasan matahari atau hujan semasa perhimpunan sekolah.

Mereka juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti sekolah dibawah bangunan yang berbumbung berkenaan. Turut hadir dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.




No comments:

Post a Comment