LEBIH 600 PENDUDUK DAPAT BUBUR LAMBUK RAMADAN DARIPADA KRT APARTMENT INDAH JAYA


OLEH: SHAIMON S JUMADI


ALBUM  AJK KRT Appartment Indah Jaya dan AJK Masjid Nurrusyakirin Indah Jaya




SANDAKAN:-  Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Indah Jaya telah mengagih-agihkan sebanyak lebih 600 bungkus bubur lambuk kepada para penduduk setempat dan para jemaah Masjid Nurussyakirn Indah Jaya petang tadi.

Program mengagih-agihkan bubur lambuk anjuran KRT itu  mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Nurssyakirin untuk menjayakan dan melaknakan program itu berjalan lancar.

Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Hajah  Sapiah Hj Abdul Rahim dalam ucapan alu-aluan menjelaskan tujuan KRT memberi bubur lambuk kepada penduduk setempat ia merupakan aktiviti amal jariah khusus di bulan Ramadan Al Mubarak dan juga merupakan  amal ibadah  di kalangan ahli-ahli KRT dibulan yang mulia ini  untuk mencari keberkatan.

Katanya sudah menjadi tanggungjawab KRT menyunbangkan bubur lambuk kepada mereka yang sedang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan.


Sementara dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Nurussyakirin Indah Jaya Haji Salzo Hj Isa berkata beliau mengucapkan syukur Al-hamdulillah kerana KRT Apartment Indah Jaya dapat memainkan peranaan ke amal jariah khususnya menyumbangkan bubur lambur lebih 600 bungkus kepada umat Islam di sekitar Taman Indah jaya pada bulan yang mulia.

Kata Hj Salzo semoga usaha murni KRT Apartment itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SAW.

Program yang diadakan diperkarangan masjid berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Bahagian Sandakan Jamri Giau dalam ucapannya antara lain memuji kegigihan pihak KRT Apartment Indah Jaya kerana saban tahun berjaya mengadakan program yang serupa.

Kata Jamri usaha murnia KRT Apartment Indah Jaya boleh dicontohi oleh mana-mana KRT di daerah  Sandakan kerana melalui program mengagih-aghkan bubur lambuk ini boleh menjalankan siratulrahim yang erat di kalanga  umat islam keseluruhan.

No comments:

Post a Comment