LEBIH 60 ORANG PENDUDUK PERUMAHAN LPPB SRI TAMAN HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PARLIMEN SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

RAMAI... Masyakarat Islam penduduk perumahan LPPB Sri Taman yang menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Parlimen Sandakan.


SANDAKAN:- Majlis Berbuka Puasa  bersama rakyat anjuran Ahli Parlimen Sandakan yang diadakan di Perumahan LPPB Sri Taman dekat disini petang tadi  telah dihadiri lebih 60 orang masyarakat Islam khususnya penduduk-penduduk sekitar perumahan LPPB berhampiran.

ALBUM.. Wong bersama masyarakat Islam dimajlis tersebut

Add caption

Program berbuka puasa ini adalah kali kedua diadakan anjuran Ahli Parlimen Sandakan dengan tujuan untuk merapatkan siratulrahim  antara satu sama lain.

TERIMA KASIH YB.... Antara 10 orang warga emas balu telah menerima sumbangan dari Wong untuk berbuka puasa

Mereka sambil menjamu selera yang tersedia dimeja di mana 10 orang warga emas dan ibu tunggal telah menerima wang tunai daripada Stephen Wong sebagai keperluan berbuka puasa di bulan Ramadan.

Walaupun Stephen Wong Ahli Parlimen Sandakan  daripada pihak pembangkang tetapi banyak membantu rakyat yang berdepan pelbagai masalah tidak kira bulu tidak kenal warna kulit agama dan bangsa yang memerlukan pertolongan mesti dibantu.

Bagi masyarakat bumiputera khususnya penduduk-penduduk Perumahan LPPB Sri Taman mereka  begitu serasi dengan Ahli Parlimen Sandakan kerana sering mendengar luahan penduduk yang mempunyai masalah.

WONG SIMPATI... Orang tua uzur tidak dapat berjalan  hampir 2 tahun... Wong  menghulur sedikit sumbangan keperluan harianya.


Sejurus selepas majlis berbuka puasa Wong yang ditemani oleh Frankie Poon  mantan calun DUN Tanjung Papat dan Calvin Chong mantan calun Karamunting turut mengziarahi seorang tua umur lingkungan   70 an yang tinggal di perumahan LPPB yang uzur tak dapat berjalan hampir 2 tahun.

Wong yang sempati atas nasib orang tua itu kemudian menghulur   sedikit bantuan untuk keperluan harianya.


“Sebagai anak saya bagi pihak ayah saya  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wong walaupun lain bangsa lain agama tetapi turut simpati dan sudi menjengoknya inlah satu-satu pemimpin yang berjiwa rakyat” katanya.

No comments:

Post a Comment