LEBIH 110 KELUARGA MENERIMA SUMBANGAN ZINK DAN PAPAN LAPIS DARIPADA MP BATU SAPI

OLEH: AZMI AZMAN


GAMBAR KELIHATAN…Pengerusi JKKK Segaliud Kuning Kadir (4 dari kiri) mewakili penduduk kampung untuk menerima sumbangan dari Linda


BATU SAPI:-   Lebih dari 110 buah keluarga di Kampung Segaliud telah menerima sumbangan zink dan papan lapis dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Bahan-bahan berkenaan telah disampaikan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuning Kadir bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Segaliud baru-baru ini.

Linda berharap para penerima akan menggunakan bahan-bahan yang disumbangakan melalui peruntukan Ahli Parlimen beliau, untuk membaiki rumah mereka.

Turut bersama dalam lawatan ke Kampung Segaliud ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Kuning memberitahu bahawa para penerima berterima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau terhadap permasalahanpenduduk di kawasan Parlimen Batu Sapi serta mencari penyelesaian untuk mengatasi isu-isu tersebut


No comments:

Post a Comment