KRT (RT) PPR TAMAN MURNI CONTOH TERBAIK KEPADA SEMUA RT SANDAKAN KERANA BERJAYA MELANTIK WARTAWAN......AMIRHAMZAH

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD

LIBARAN:- Sebagai penyahut seruan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara  di mana setiap Rukun Tetangga mesti melantik salah seorang wartawan (pemberita) yang bertauliah daripada mana-mana  akhbar cetak atau media portal online untuk membantu membuat liputan media (coverage media) menegenai perjalanan dan pergerakan KRT (RT) disetiap tempat yang mengadakan sebarang aktiiviti-aktiviti agar diketahui  oleh Masyarakat setempat.


BARISAN AHLI JAWATANKUSA KRT (RT) PPR TAMAN MURNI.

Menurut Pengarah  Jabatan  berkenaan selama ini kebanyakan aktiviti=aktiviti yang telah dijalankan oleh mana-mana KRT(RT) diseluruh daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran kita tidak nampak disebarkan di mana-mana media cetak atau media portal online.

Sebagai pengerusi KRT (RT) harus bijak memainkan peranan penting  wartawan atau media adalah amat penting kepada mana-mana badan organisasi dalam menyebarkan segala kegiatan-kegiatan dari masa semasa KRT (RT) supaya diketahui umum dan tidak menimbulkan keraguan dan kesangsian  kepada masyarakat terhadap RT.

Dalam pada itu Amirhamzah Zakaria adalah  satu-satunya pengerusi KRT (RT) Taman Murni walaupun baru dipilih untuk menerajui kepimpinan KR di PPR Taman Murni tetapi telah berjaya memainkan peranannya yang begitu boleh dibanggakan oleh semua KRT (RT) diseluruh daerah Sandakan kerana berjaya melantik seorang wartawan veteran iaitu Shaimon S Jumadi (gambar) seorang wartawan kanan yang memegang jawatan Ketua Pengarangan/Senior Chief Editior) di portal Online The Borneo Sabah Insider.Net untuk membuat liputan media apa jua aktiviti-aktiviti KRT (RT) PPR Taman Murni.

“Saya melantik Shaimon S Jumadi sebagai pegawai Akhbar di KRT (RT) di PPR Taman Murni memandangkan beliau telah berkecimpung dalam kerjaya lapangan kewartawanan selama 37 tahun lamanya itulah saya tidak ragu-ragu melantik beliau (Shaimon) sebagai wartawan di KRT (RT) Taman Murni


Saya harap dengan perlantikan Shaimon sebagai wartawan KRT(RT) Taman Murni dapatlah menyebarkan segala perjalanan dan pergerakan aktiviti-aktiviti PPR Taman Murni supaya rakyat seluruh Malaysia Sabah dan Sarawak mengetahui bahawa KRT (RT) Taman Murni adalah contoh terbaik terhadap  KRT (RT) di Sandakan yang langsung tidak mempunyai peranaan dalam melantik wartawan” kata Amirhamzah.

Dalam pada itu Amirhamzah berpesan sebagai rakan seperjuangan dalam KRT (RT) disetiap sudut tempat haruslah melantik  wartawan dari media-media cetak atau media portal masih banyak lagi wartawan di Sandakan seperti dari Wartawan New Sabah Times, Utusan Bornoe Daily Express, Portal Free Sandakan Today dan The Borneo Sabah Insider untuk membantu mrembuat coverage news sebarang aktiviti KRT (RT) .


No comments:

Post a Comment