KRT PPR TAMAN MURNI BOLEH DIMASUKAN MALAYSIA OF BOOK RECORD

OLEH: SHAIMON S JUMADI

WAWANCARA....Anizah ditemuramah oleh media mengenai peranan  pihak AJK KRT Taman Murnia yang terbaik.


SUNGEI SIBUGA:- Kejayaan KRT (Rukun Tetangga) PPR Taman Murni membantu kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu dan banjir lumpur di Ranau boleh dimasukan di Malaysia of Book Record.

Peranan yang dimainkan oleh Pengerusi baru KRT PPR Taman Murni Amirhamzah Zakaria bukan semudah itu untuk menjayakan sesuatu program yang amat mencabar. .

Hasil kerjasama  intim  dan hasil koleksi barang-barang makanan dan pakaian yang dikutip daripada Ahli Jawatankuasa  Surau Nur Aman, Taman Murni , KRT (Rukun Tetangga) PPR Taman Murni, TABIKA Kemas Taman Murni Bas Sidda dan AJK Wanita UMNO Bahagian Libaran akhirnya berjaya mengumpul barang-barang untuk didermakan mangsa-mangsa berkenaan.

ALBUM KENANGAN..... Amirhamzah Pengerusi KRT PPR Taman Murni bergambar dengan AJK KRT PPR Taman Muni



Seorang Cikgu yang dikenali Anizah Majum bagi pihak KRT dan badan-badan lain ketika diwawancara oleh media  menjelaskan tujuan memberi bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa gempa bumi dan banjir lumpur di Ranau adalah untuk meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Saya juga berterima kasih kepada Pengerusi KRT PPR Taman Murni Amirhamzah Zakaria kerana mempunyai daya pemikiran yang jauh kedepan mencadangkan agar penduduk-penduduk PPR Taman Murni dapat menyumbangkan seberapa yang mampu untuk membeli makanan dan pakaian untuk didermakan kepada mangsa-mangsa terbabit.

“Biarlah saya berterus terang saya fikir mana-mana KRT (RT) di taman-taman perumahan yang ada di Sandakan ini tidak pernah membantu mana-mana orang yang telah ditimpa musibbah inilah hasil kerjasama dan jalinan mesra semua penduduk Taman Murni akhirnya berjaya segala yang telah dirancang telah menjadi kenyataan” Ujarnya.

Sementara Pengerusi KRT Taman Murni Amirhamzah berkata ini semua berkat kerjasama yang erat di kalangan penduduk PPR Taman Murni.

“Saya mengucapkan  terima kepada penduduk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyumbangkan produk-produk berbentuk makanan, minuman dan pakaian mudah-mudahan segala sumbangan anda itu di berkati dan mendapat gajaran dan pahala daripada Allah  yang berlipat ganda lagi-lagi di bulan Ramadan Al-mubarak bulan yang mulia ujarnya.



No comments:

Post a Comment