KOPERASI WANITA BERJAYA BATU SAPI (KWBBS) PIMPINAN RAHIMAH BERJAYA KELUARKAN PRODUK UNTUK HARI RAYA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:- Satu kebangaan kepada penduduk Batu Sapi bilamana tertubuhnya sebuah Koperasi Wanita Berjaya Batu Sapi (KWBBS) yang menjurus sebagai  pertumbuhan atau menjana ekonomi penduduk Batu Sapi khusus bagi mengeluarkan pelbagai produk makanan  untuk di pasarkan.

KWBBS yang diasaskan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah telah menampakan satu kejayaan dan keberhasilan di mana ahli-ahli KWBBS dibawah peminpin Rahimah bersungguh-sungguh membuat pelbagai jenis produk berbentuk kuih muih sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini dan kini kuih-muih keluaran dan berjenama KWBBS ada dipasaran orang ramai yang ingin menikmati kuih-muih buatan tangan ahli-ahli KWBBS masih boleh membuat tempahan  dari sekarang.
 
Inilah satu-satu koperasi di Sandakan yang berjaya menghasilkan produk makanan sudah tentu  sekali dengan hasil jualan itu merupakan  reziki pendapatan ahli-ahlinya di bulan Ramadan untuk keperluan menyambut hari raya  nanti.

Rahimah yang dihubungi berkata ini adalah semua keberkatan kerjasama dan sefahaman ahli-ahli KWBBS tanpa adanya kerja sama yang jitu sudah tentu segala yang dirancang tentunya  berjaya.



“Sekali lagi  saya ingin mengambil  kesempatan disini mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam Batu Sapi  agar segala  amal ibadah kita dibulan  Ramadan ini diberkati Allah” Ujar Rahimah. 


Anda yang ingin membuat tempahan kuih-muih raya boleh menghubungi terus-menerus melalui nombor H.P: 012-8199379 buatlah tempahan dari sekarang sebelum kehabisan stok.

No comments:

Post a Comment