JANJI GLOBINACO AKAN SENGGELARAKAN JALAN DIBLOK BANGUNAN 16 BANDAR DUA TIGA HARI

OLEH: AZMI AZMAN

SANDAKAN:- Kerosakan jalan dilorong bangunan Blok 16 di Bandar yang sekian lama telah menjadi masalah pengguna jalan dalam dua tiga hari lagi jalan yang berlubang di sana sini sehingga menyebankan air bertakong bau busuk akan diselenggarakan.

Ini dijelaskan sendiri oleh Penyelia Syarikat Globinaco Chu Kem Men kepada Chang Shak Hung Penolong Setiausaha DAP Sandakan ketika meninjau di tempat tersebut.
 
Kata Chu pihaknya  yang membuat kerja-kerja penyenggelaraan keatas jalan tersebut  hanya jalan yang betul-betul rosak yang berlubang-lubang dan dipenuhi oleh air bau busuk.

Chang mengucapkan terima kasih kepada pihak Syarikat Globinaco atas keprihatinan  yang akan menyenggelarakan kerosakan jalan di blok 16 pada masa terdekat ini.


“Para pengguna rasa rugi membayar parking fee kepada pihak MPS kerana jalan itu tidak sesuai untuk meletakan kereta di Blok 16 kerana  diatas jalan itu semua dipenuhi oleh air najis” katanya.

No comments:

Post a Comment