GARA-GARA MULUT BECOK POLIS BERJAYA MENANGKAP SALIHIN ANGGOTA MARITIM TERCEMAR


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Kejayaan pihak polis menangkap suspek yang dikenali Salihin Themin merupakan  anggota MARITM yang mengeluarkan kata-kata kesat dilaman sosialnya (FB) berhubung dengan tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu satu kejayaan polis yang harus dibanggakan.

Ekoran  mengeluarkan kata-kata kesat yang merupakan cacian,hinaan dan cercaan terhadap orang Sabah telah menimbul kemarahan di kalangan  penduduk Sabah dari itu ramai yang membuat laporan polis mengenai perkara tersebut.
 
Wartawan The Borneo Sabah Insider sempat menemui beberapa orang anggota  MARITIM yang berasal dari semenanjung  enggan namanya disebut juga turut marah dan rasa  kesal apa yang dilakukan oleh Salihin  kenapa dia tergamak mencaci menghina keluarga yang telah ditimpa musibbah sepatutnya Salihin turut rasa simpati bukannya mencerca.

“Kami juga turut marah dengan seorang anggota MARITIM Salihin  Themin yang pernah bertugas di Sandakan kenapa dia sanggup mengeluarkan kata-kata kesat gara-gara perbuatannya ramai semenanjung turut terpalit dan menimbulkan rasa kebencian orang-orang Sabah terhadap orang Malaya” katanya.

Setelah terangkap Salihin ini buat mengajaran rakan-rakan dari semenanjung agar tidak terikut-ikut perangai buruknya yang mulut  celupar atau  mulut becok



No comments:

Post a Comment