GAOS BOG=BOG ANJURKAN KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP......SIDEK

OLEH: SHAIMON S JUMADI.

SANDAKAN:- Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Gaos Bog-Bog Anak Sampulna Sandakan telah dilangsungkan di Dewan Kompleks Sukan dekat sini baru-baru ini

Seramai 22 pasukan beregu telah menyertai kejohanan itu dan kesemunya adalah terdiri  daripada anak-anak Semporna  yang bekerja  dan tinggal di daerah Sandakan.

Menurut Pengerusi Gaos Bog-Bog Anak Kumpulan Sempolna Mohd Sidek Libada tujuan menganjurkan kejohanan badminton tertutup itu adalah khusus untuk memupuk  dan mengeratkan siratulrahim  di kalangan keluarga Gaos Bog-Bog.

Dalam pada itu juara kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Majidun Alawadin dan Mohd Nor Ulmi  dengan membawa pulang piala pusingan Gaos Bog-Bog.

Sementara Naib johan  disandang oleh  Raziz Turati dan Mohd  Syazni Wagiuddin tempat ketiga jatuh kepada Kassim Hj AbdulRahman  dan pasangannya Abdul Jalan Syambilan  
Manakala tempat keempat disandang  oleh Ismail Hj Ujang  dan Saidullah.

Kejohan Badminton tersebut dirasmikan sendiri oleh Mohd Sidek Libada antara lain beliau  menjelaskan  Gaus Bog-Bog adalah bermaksud prihati dan membela serta membantu  keluarga tanpa mengharapkan  sebarang balasan, lantaran disesuaikan dengan slogan ini iaitu Gaos Bog-Bog  telah membentu beberapa badan biro-biro  kecil seperti Biro Dakwah dan Agama, Biro Sukan dan Biri Kebudayaan serta Biro Kebajikan.


Sidek  selanjutnya berharap  semua anak-anak Semporna yang bekerja dan menetap di Sandakan dapat tampil  dan menghubungi Pengerusi, Setiausaha ataupun Bendahari Gaos Bog-Bog  bagi menyertai sebarang aktiviti yang telah dirancangkan itu.

No comments:

Post a Comment