AMIR HAMZA PENGERUSI BARU KRT PPR TAMAN MURNI 2015-2017

OLEH: SHAIMON S JUMADI

MESYUARAT  PERTAMA KRT Amir mempengerusikan Mesyuarat Perlantikan AJK KRT PPR Taman Murni 2015-2017


SUNGEI SIBUGA:- Pertandingan merebut jawatan Pengerusi Rukun Tetangga (KRT) PPR Taman Murni yang diadakan baru-baru ini kemenangan telah berpihak kepada Amir Hamza Zakaria untuk menyandang Pengerusi KRT PPR Taman Murni bagi tempoh 2015/2017.

Sementara Timbalan Pengerusi disandang oleh Hussain Abas  Setiausaha Kehormat disandang oleh Azis Durais.

Manakala  Penolong  Setiausaha  dan Bendahari Kehormat masing-masing disandang oleh Zaitun Abd Hamid dan Emilia Zakaria.

Dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi seramai 20 AJK telah dilantik  untuk memegang satu-satu jawatan dalam badan-badan biro.

ALBUM.. Gambar AJK KRT PPR Taman Murni kelihatan Pengerusi KRT Baru Amir Hamza Berbaju Warna Kuning


Antara badan biro yang dibentuk ia Biro Pendidikan, Biro Ekonomi dan Niaga,Biro Dakwah dan Agama, Biro Sosial dan Kebajikan Biro Sukan, dan Kebudayaan, Biro Hiburan dan Pentas dan Biro Tabung Bencana dan Musibbah.

Kata Amir sesiapa yang memegang satu-satu Biro itu mereka mesti mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk melaksanakan apa jua program agar semua aktitiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sambil itu Amir mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk PPR Taman Murni kerana telah memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk menerajui kepimpinan Rukun Tetangga PPR Taman Murni bagi tempoh 2015-2017.

“Saya berjanji saya akan jalankan tugas dengan lebih gigih seperti yang telah diamanahkan ini  tapi yang penting kerjasama daripada semua AJK KRT adalah amat duperlukan demi menjayakan segala program yang akan dan sedang dirancangkan” Ujarnya

Amir yang juga Pengerusi Induk Seluruh Blok PPR Taman Murni memang disegani oleh para penduduk lagipun beliau rapat dengan pemimpin atasan UMNO  ramai pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan segan dengan kepimpinan beliau apa saja  urusan yang diatur semuanya ok tiada yang tidak ok inilah kelebihan yang ada pada diri Amir Hamza Zakaria.



No comments:

Post a Comment