AZWAN ALI ARTIS PALING POPULAR TAPI PALING BIADAP KERANA HINA RAJA-RAJA MELAYU

OLEH: WAN SALMAH WAN DZULKIFLIE

KUALA LUMPUR:- Seorang artis veteran yang paling popular sekitar tahun 90 an  dikenali Azwan Ali didakwa berkelakuan biadap  kerana menghina bangsa Melayu sebagai naknatullah ini bermakna  satu penghina kepada  kedaulatan raja-raja Melayu yang di ada  dibumi Malaysia ini

Perkataan  Melayulaknatullah itu telah menimbulkan kemarahan dan kontraversi di kalangan peminiat-peminatnya  kerana keceluparan mulutnya yang tergamak mengeluarkan perkataan seumpama itu dan dia telah dicap sebagai artis pelakun paling biadap dan kurang ajar kerana menghina raja-raja Melayu.

Sambil itu kata sumber Azwan menggelar Melayu sebagai “Anjing: ini sudah keterlaluan sebenarnya dia berbangsa apa kenapa Azwan Ali sanggup mencemoh mencaci dan menghina Melayu sebagai Anjing

Sayang sekali seorang artis popular dan paling glamour ramai diminati orang walaupun berwatakan Podan (banci) tetapi sekelip mata saja  perangainya telah berubah jadi orang sombong dan bodoh.

Sekarang para peminatnya  tidak lagi mahu menghormati artis seperti Azwan Ali kerana bersikap kurang ajar dan biadap mennghina bangsa Melayu iaitu bangsanya sendiri.

Orang sebegini rupa lebih baik dibuang negeri dan lucutkan kewarnegaraan sebagai rakyat Malaysia kerana tidak layak duduk di Malaysia sudah mencemarkan kedaulatan  duli raja-raja melayu.

Wartawan hiburan Sabahinsider telah menemuramah berapa orang yang pernah meminati Azwan  turut mengutuk atas perbuatannya yang tidak mahu pernah mengaku atas melakukan kesliapannya itu.




RAMAI YANG KELIRU APA ITU PORTAL APA ITU ALAM MAYA KINI DIDEDAHKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI



MEMANG  sukar   dinafikan walaupun sekarang zaman celik IT 95 peratus penduduk di negara ini tidak kira di mana mereka barada rata-rata main computer.

Dalam 10 orang 
barang kali kalau ada dua tiga orang saja yang tidak mempunyai akaun Facebook walaupun  mereka arif dan pintar main computer.


Dalam konteks ini saya ingin merungkai sedikit  sebanyak mengenai peranan  yang berkebolehan main computer tetapi masih ada yang keliru  barang kali mereka walaupun pandai main computer bermacam-macam aneka ragam mereka boleh buat akan tetapi mereka tidak mengikuti perkembangan alam maya boleh jadi mereka tertumpu hanya laman social (FB) saja sehingga nama portal online barang kali mereka jarang- jarang menyebutnya perkataan seumpanya.
 

Seperti golongan politikus boleh dikatakan mereka mendekati media alam maya selain mereka membaca juga media-media cetak seperti akhbar New Sabah Times, Daily Express Utusan Borneo Utusan Malaysia Berita Harian banyak lagi akhbar cetak yang saya tidak sempat agaknya untuk menguraikannya satu demi satu,



Bagi mereka yang meminati media portal online atau media alam maya antara Malaysia Kini, Sabahkini, The Sabah Insider, Free Sandakan Today, Free Malaysia Today, Roket Kini, The Malaysian Insider dan banyak lagi portal yang kita tak perlu huraikan.



Semua penerbitan  media alam maya atau portal online ini di pantau dan diawasi oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).


Yang saya katakan orang masih ada yang keliru kewujudan media alam maya ini  walaupun mereka cukup arif menggunakan computer mereka masih bertanya apabila satu-satu function itu telah didatangi oleh beberapa wartawan  media portal sering mereka bertanyakan  disiarkan akhbar mana justuru itu kena pandai menjawabnya  program ini tidak tersiar di media cetak ianya tersiar di alam maya (portal onlie) .


Ada setengah orang  berkata kami tidak faham apa itu portal online  ataupun alam maya  sedangkan orang yang bertanyakan ini bukan calang-calang memang  pentar banget main computer.

Seimbang ada orang minat baca akhbar cetak atau orang kalau mahu jimat cermat belanja mereka akan menumpukan portal online kerana terdapat banyak bahan-bahan cerita panas dan sensasi yang bisa  diperoleh daripada media alam maya.


Inilah sebahagian portal online atau alam maya yang sempat saya huraikanj sebagai panduan anda kalian yang mahu berjinak-jinak dengan portal ini berikutnya





PERANAN NORAINI TERUS MEMBANTU GOLONGAN MISKIN DIMUSIM-MUSIM BULAN RAMADAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Sudah menjadi kelaziman dan tanggungjawab Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yang dan ibu tunggal serta warga emas di setiap menjelangnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Itulah peranan yang dipraktikan oleh Noraini Sulong seorang pemimpin wanita yang sedarhana dan berjiwa rakyat kerana tidak pernah melupai golongan daif yang sememangnya mengharapkan bantuan dari setiap pemimpin untuk keperluan berbuasa dan menyambut hari leberan nanti.

Boleh dikatakan Noraini seorang pemimpin yang dinamik kerana terus berjuang membantu kepada golongan miskin khususnya di kawasan Elopura dan Tanjung Papat.

Katanya kita jadi pemimpin jangan sesekali lupa kepada golongan tertentu apa lagi dibulan Ramadan Al-Mubarak ini  banyakan bersedekah kepada golongan yang memerlukan itu adalah juga merupakan satu ibidah amal jariah yang dituntut Islam selain kita mengerjakan ibadah puasa selama sebulan agar mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah SAW.

Noraini seorang pemimpin yang disenangi oleh masyarakat khusus  kaum wanita kerana sikap keserdahaannya dan juga gandingan mantap dengan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Hj Ampong Puyun denga Ketua Pemuda dan Ketua Pemimpin mereka memang sehaluan tiada masalah kalau membuat satu-satu aktiviti pastinya mendapat kerjamasama sepenuhnya semua pihak.

NORAINI.....Bersama-sama anak-anak yatim Kg Sim-Sim sejurus selepas menghulur bantuan raya



Selain itu Noraini juga rapat dengan pemimpin komponen BN seperti LDP, Gerakan dan juga PBS kerana setiap kali Wanita UMNO Sandakan mengadakan aktiviti kemasyarakatan ketiga pemimpin wanita daripada parti komponen BN tidak pernah diabaikan mereka mesti menyertainya antaranya  Ketua Bahagian PBS Tanjung Papat Shirly Chien Ketua Wanita PBS Bahagian Tg Papat Saleena Titi, Ketua Wanita LDP Lily Chung dan Ketua Wanita Gerakan Lily  Aw termasuk Ketua Wanita MIC.

Baru-baru ini satu majlis penyampaian sumbangan kepada 12 orang anak-anak yatim  yang diadakan di Surau Al Furqan Kampugn Sim-Sim .

Tujuanya memberikan sumbangan itu kata Noraini adalah untuk keperluan menyambut hari raya yang tidak lama lagi.


Sementara bantuan warga emas dan ibu tunggal juga akan diadakan pada masa terdekat ini. 

PENIAGA PREMIS MILIMEWA BERDEPAN MASALAH DENGAN GERAI BERPAGAR JEJAS PERNIAGAAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

GULUNG TIKAR...... Ramai peniaga di premis Milimewa akan bankrup tidak lama lagi  gara-gara gerai berpagar yang dibina MPS tidak dibuka sepenuhnya 

SANDAKAN:- Para peniaga yang menyewa antara RM2,000 hingga RM4,000 kini berdepan dengan masalah gerai berpagar di Milimewa yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang melawat kegerai tersebut setelah  menerima aduan daripada beberapa peniaga di bangunan itu mendakwa  gerai berpagar itu belum dibuka  sepenuhnya dan kawasan itu telah memberi impak dan menjejaskan pendapatan peniaga dipremis itu.
Wong berkata bahawa pihak MPS pernah berjanji pada bulan Mei lalu setelah diajukan masalah itu kepada pihak yang berkenaan untuk  menyelesaikan masalah tersebut tetapi sehingga ke hari ini gerai berpagar itu masih tidak berubah  dan tidak  dibuka sepenuhnya.

Tindakan pihak MPS yang  sengaja melengah-lengahkan masalah gerai berpagar itu kini telah menimbulkan kemarahan seluruh peniaga dipremis Milimewa terutama sekali mereka yang membayar sewa bangunan kedai itu dengan bayaran  sebulan RM2,000 dan hingga RM4,000.00 kalau begini tidak lama lagi para peniaga di premis Milimewa ramai yang gulung tikar (bankrup) itulah  barang kali yang dimahukan oleh pihak MPS.


LEBIH 600 PENDUDUK DAPAT BUBUR LAMBUK RAMADAN DARIPADA KRT APARTMENT INDAH JAYA


OLEH: SHAIMON S JUMADI


ALBUM  AJK KRT Appartment Indah Jaya dan AJK Masjid Nurrusyakirin Indah Jaya




SANDAKAN:-  Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Indah Jaya telah mengagih-agihkan sebanyak lebih 600 bungkus bubur lambuk kepada para penduduk setempat dan para jemaah Masjid Nurussyakirn Indah Jaya petang tadi.

Program mengagih-agihkan bubur lambuk anjuran KRT itu  mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Nurssyakirin untuk menjayakan dan melaknakan program itu berjalan lancar.

Pengerusi KRT Apartment Indah Jaya Ustazah Hajah  Sapiah Hj Abdul Rahim dalam ucapan alu-aluan menjelaskan tujuan KRT memberi bubur lambuk kepada penduduk setempat ia merupakan aktiviti amal jariah khusus di bulan Ramadan Al Mubarak dan juga merupakan  amal ibadah  di kalangan ahli-ahli KRT dibulan yang mulia ini  untuk mencari keberkatan.

Katanya sudah menjadi tanggungjawab KRT menyunbangkan bubur lambuk kepada mereka yang sedang menjalani ibadah puasa dibulan Ramadan.


Sementara dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Nurussyakirin Indah Jaya Haji Salzo Hj Isa berkata beliau mengucapkan syukur Al-hamdulillah kerana KRT Apartment Indah Jaya dapat memainkan peranaan ke amal jariah khususnya menyumbangkan bubur lambur lebih 600 bungkus kepada umat Islam di sekitar Taman Indah jaya pada bulan yang mulia.

Kata Hj Salzo semoga usaha murni KRT Apartment itu akan mendapat pahala dan ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SAW.

Program yang diadakan diperkarangan masjid berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Jabatan Perpaduan Negara Bahagian Sandakan Jamri Giau dalam ucapannya antara lain memuji kegigihan pihak KRT Apartment Indah Jaya kerana saban tahun berjaya mengadakan program yang serupa.

Kata Jamri usaha murnia KRT Apartment Indah Jaya boleh dicontohi oleh mana-mana KRT di daerah  Sandakan kerana melalui program mengagih-aghkan bubur lambuk ini boleh menjalankan siratulrahim yang erat di kalanga  umat islam keseluruhan.

LEBIH 60 ORANG PENDUDUK PERUMAHAN LPPB SRI TAMAN HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PARLIMEN SANDAKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI

RAMAI... Masyakarat Islam penduduk perumahan LPPB Sri Taman yang menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Parlimen Sandakan.


SANDAKAN:- Majlis Berbuka Puasa  bersama rakyat anjuran Ahli Parlimen Sandakan yang diadakan di Perumahan LPPB Sri Taman dekat disini petang tadi  telah dihadiri lebih 60 orang masyarakat Islam khususnya penduduk-penduduk sekitar perumahan LPPB berhampiran.

ALBUM.. Wong bersama masyarakat Islam dimajlis tersebut

Add caption

Program berbuka puasa ini adalah kali kedua diadakan anjuran Ahli Parlimen Sandakan dengan tujuan untuk merapatkan siratulrahim  antara satu sama lain.

TERIMA KASIH YB.... Antara 10 orang warga emas balu telah menerima sumbangan dari Wong untuk berbuka puasa

Mereka sambil menjamu selera yang tersedia dimeja di mana 10 orang warga emas dan ibu tunggal telah menerima wang tunai daripada Stephen Wong sebagai keperluan berbuka puasa di bulan Ramadan.

Walaupun Stephen Wong Ahli Parlimen Sandakan  daripada pihak pembangkang tetapi banyak membantu rakyat yang berdepan pelbagai masalah tidak kira bulu tidak kenal warna kulit agama dan bangsa yang memerlukan pertolongan mesti dibantu.

Bagi masyarakat bumiputera khususnya penduduk-penduduk Perumahan LPPB Sri Taman mereka  begitu serasi dengan Ahli Parlimen Sandakan kerana sering mendengar luahan penduduk yang mempunyai masalah.

WONG SIMPATI... Orang tua uzur tidak dapat berjalan  hampir 2 tahun... Wong  menghulur sedikit sumbangan keperluan harianya.


Sejurus selepas majlis berbuka puasa Wong yang ditemani oleh Frankie Poon  mantan calun DUN Tanjung Papat dan Calvin Chong mantan calun Karamunting turut mengziarahi seorang tua umur lingkungan   70 an yang tinggal di perumahan LPPB yang uzur tak dapat berjalan hampir 2 tahun.

Wong yang sempati atas nasib orang tua itu kemudian menghulur   sedikit bantuan untuk keperluan harianya.


“Sebagai anak saya bagi pihak ayah saya  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Wong walaupun lain bangsa lain agama tetapi turut simpati dan sudi menjengoknya inlah satu-satu pemimpin yang berjiwa rakyat” katanya.

RAHIMAH-SAMSUDIN DAN LINDA TSEN PEMIMPIN GANDINGAN MANTAP BATU SAPI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-  Di bulan Ramadan Al-Mubarak selama sebulan ini semua pemimpin politik tidak kira parti penyokong  kerajaan mahupun parti pembangkang yang ada tanggungjawab masing-masing kelihatan sibuk di sana sini untuk menemui para penduduk.

Mereka bukan datang dengan tangan kosong sahaja namun  membawa segala barang-barang keperluan untuk berbuka puasa dan menyambut hari leberan nanti.

Begitu juga seperti yang dilakukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah tidak kurangnya sibuk kesana kemari kebanyakan masanya dibuang untuk beribadah selain mengzairahi orang-orang tua disamping menghadiri majlis-majlis berbuka puasa dimasjid mahupun disurau bersama-sama penduduk setempat.

Inilah peranan seorang Wanita Batu Sapi Rahimah yang semakin dekat dihati penduduk semakin di sayangi oleh masyarakat setempat dengan   perjuangannya banyak menjurus membantu kepada insan-insan yang memerlukan.


RAHIMAH sentiasa bersama pemimpin  melawat kampung

Setiap sudut setiap tempat pastinya kita kelihatan Rahimah bersama-sama rakyat begenilah ciri-ciri pemimpin yang boleh disokong untuk jangka masa panjang untuk terus menerajui kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi.
Gandingan mantap Rahimah sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi dengan dua seorang pemimpin antara Datuk Hj Samsudin Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong dan Datuk Linda Tsen Thau Lin Ahli Parlimen Batu Sapi.

Kesefahaman ketiga pemimpin ini begitu intim senang bagi mereka menjalankan sebarang akrtiviti kemasyarakatan di kawasan Sekong dan Batu Sapi kerana mendapat kerjasama antara satu sama lain.


ARAHAN TUTUP RESTORAN BEROPERASI 24 JAM DI TARIK BALIK ... PERDANA MENTERI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PERDANA MENTERI Tidak halang restoran beroperasi 24 jam di seluruh negara






TINDAKAN  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim yang mengarahkan semua restoran di seluruh negara yang beroperasi 24 jam diarah tutup dengen serta merta

Dengan alasan restoran yang beroperasi 24 jam itu ia mengundang  kemaksiatan  di kalangan pengunjung maka wajar restoran yang terbabit itu diarah tutup segera.

Kenapa Shahidan Kassim tidak terlintas difikirannya untuk menutup kelab-kelab malam pusat-pusat hiburan seperti karaoke pusat-pusat perjudian yang terang-terang melibatkan  social dan maksiat  tidak diarah tutup kenapa restoran-restoran yang beroperasi 24 jam yang mencari makan secara  halal dilarang.

Dengan cadangan membabi buta Shahidan telah mendapat bantahan dan tentangan hebat  diseluruh pemilik restoran tidak kira restoran itu milik orang Cina, Melayu dan India turut mengutuknya.

Malam tadi Perdana Menteri Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak telah  mengumumkan cadangan Shahidan Kassim mengarahkan  menutup semua restoran yang beroperasi 24 di tarik balik dan di bolehkan beroperasi seperti biasa

Tindakan Shahidan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mencadangkan tidak kena pada tempatnya ambil mudah saja menutup periuk nasi  orang  dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko dan implikasinya.

Sebagai seorang menteri Di Jabatan Perdana Menteri bukan pula menyenangkan rakyat disebaliknya menyusahkan rakyat pandai-pandai mencadangkan yang bukan-bukan dan tidak boleh diterima akal.

Apun para peniaga restoran terbabit  keseluruhan di Malaysia yang bakal nyaris-nyaris jadi mangsa keadaan mereka mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menarik cadangan Shahidan Kassim yang tidak berakal itu.


Lain kali sebelum bertindak fikir dahulu bukan main hentam keromo saja bikin orang marah ini bakal mengundang kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti  sekiranya  arahan Shaihidan diterima oleh kerajaan  nanti kaum  Cina dan India marah dan merajuk baru tahu BN tumbang jangan main-main dua bangsa ini.

RAHIMAH SEORANG PEMIMPIN WANITA DINAMIK DAN MESRA ALAM DENGAN RAKAN RAKAN SEPERJUANGANNYA

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PEMIMPIN DINAMIK....Beginilah ciri-ciri seorang pemimpin Wanita mesra alam dengan rakan-rakan seperjuangan...Rahimah 


BATU SAPI:- Bukan senang hendak mencari seorang pemimpin yang  sentiasa rapat dan bermesra sesama  ahli-ahli ataupun rakan-rakan seperjuangan walaupun tidak mempunyai darjat dan pangkat.

Kemesraan yang kelihatan diraut wajah pemimpin Wanita Batu Sapi jelas menampakan seorang pemimpin bukan saja dinamik bahkan pimpinan dedikasi yang disenangi oleh masyarakat khususnya wanita-wanita Batu Sapi.

Beginilah kalau mahu cari pemimpin bukan waktu mahu mengadakan pemilihan AJK Wanita Bahagian  baru sibuk kesana kemari untuk mencari sokongan setelah menang duduk kerusi yang telah diidam-idamkan  telah lupa semuanya sifat-sifat dan ciri-ciri sedemikian pemimpin tidak bertahan lama.

Apabila Rahimah Asrah menang  dalam merebut jawatan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi pada tahun 2013 keadaan pentadbiran Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi telah berubah jauh setelah kepimpinan  dan jentera pentadbiran diambil alih oleh Rahimah.

Tiada sesiapa yang boleh menyangkah walaupun baru mencemburi diri dalam kanca politik tetapi mempunyai kematangan yang jitu bukan saja dalam mentadbir Wanita Bahagian bahkan kepimpinnya turut menyerlah sehingga keperingkat nasional.

Saya sebagai wartawan senang bekerja  di bawah Rahimah semua berita-berita yang saya buat mengenai gerak kerjanya yang banyak tersiar di media-media portal online tiada halangan bagi Rahimah lagipun semua berita-berita yang saya siarkan semuanya baik-baik belaka.

Yang saya senang hati soal hembohan (sagu hati)  saya tak pernah tanya atau menagih tahulah setiap bulan dia masukan keakaun bank saya dengan seadanya saya terima syukur Al-hamdulillah reziki Allah  kata Rahimah.

Sekarang nama Rahimah Asrah semakin melonjak dipersada dunia politik tanah air apa lagi setiap langkahnya disiarkan di portal online bukan sikit orang yang membaca media di portal The Sabah Insider dan FST News (Free Sandakan Today) diseluruh pelusuk Malaysia yang melayari internet.

Sebahagiannya berita-berita saya kirim di New Sabah Times (NST) saya bagi pihak Rahimah Asrah mengucapkan terima kasih Rozalin Mohd Hashim rakan wartawan yang banyak membantu menyiarkan berita-berita yang saya hasilkan tersiar di akhbar NST.


Ini pandangan peribadi saya sekiranya pucuk pimpinan  atasan UMNO/BN memberi ruang dan peluang kepada Rahimah menjadi calun untuk bertanding bagi PRU14 atau PRU 15 adalah pilihan paling tepat kerana latar belakang dan kewibawaannya sebagai pemimpin Wanita semakin menonjol  inilah harapan kami.

ZAKARIA DAN JUSLIE HULUR BANTUAN RAMADAN KEPADA PENDUDUK KG GUM-GUM

OLEH: SHAIMON S JUMADI



GAMBAR KELIHATAN... Juslie dan Zakaria bergambar bersama penduduk-penduduk Kg Gum-Gum


GUM-GUM : Golongan koprat digesa Turun sama menghulurkan Bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata sumbangan mereka mampu meringkan beban mereka yang memerlukan  ketika menjelangnya sambutan Aidilfitri.

" Lebih ramai golongan     koprat yang membantu maka akan mengembirakan mereka yang memerlukan, katanya pada majlis penyampaian Bantuan Ramadan bersama Kumpulan Yayasan Sabah,  Zakat Sabah di Masjid GUM GUM.

Zakaria yang juga Wakil Rakyat GUM GUM merakamkan ucapan terima kasih kepada Mereka yang terlibat sama dalam program kemasyarakatan terutama sepanjang majlis Iftar Ramadan dan Bantuan menjelang Ramadan.

Selain sumbangan Daripada yayasan Sabah dan Zakat turut menghulurkan bantuan  bersama Ahli Parlimen Libaran,  Datuk Juslie KK Ajirol. Naib Ketua Wanita Umno Libaran  Julpah Ottoh.  Naib  Ketua Puterinya,  Anna Bell Perian.







LEBIH 110 KELUARGA MENERIMA SUMBANGAN ZINK DAN PAPAN LAPIS DARIPADA MP BATU SAPI

OLEH: AZMI AZMAN


GAMBAR KELIHATAN…Pengerusi JKKK Segaliud Kuning Kadir (4 dari kiri) mewakili penduduk kampung untuk menerima sumbangan dari Linda


BATU SAPI:-   Lebih dari 110 buah keluarga di Kampung Segaliud telah menerima sumbangan zink dan papan lapis dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Bahan-bahan berkenaan telah disampaikan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuning Kadir bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Segaliud baru-baru ini.

Linda berharap para penerima akan menggunakan bahan-bahan yang disumbangakan melalui peruntukan Ahli Parlimen beliau, untuk membaiki rumah mereka.

Turut bersama dalam lawatan ke Kampung Segaliud ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Kuning memberitahu bahawa para penerima berterima kasih kepada Linda atas keprihatinan beliau terhadap permasalahanpenduduk di kawasan Parlimen Batu Sapi serta mencari penyelesaian untuk mengatasi isu-isu tersebut


SEMUA AJK MASJID DAN SURAU DAPAT SUMBANGAN DARIPADA ADUN SEKONG...KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TERIMA KASIH DATUK..... Jumadil Dulamit menerima cek tunai sumbangan daripada  ADUN sekong

BATU SAPI:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya telah memberikan sumbangan berupa cek  tunai kepada seluruh Masjid dan Surau di kawaasan DUN Sekong.

Tujuan memberi sumbangan itu adalah untuk keperluan Masjid dan Surau berkenaan seperti mengecat bangunan Masjid dan Surau agar kelihatan indah terutama sekali untuk menyambut hari lebaran.

Orang pertama yang menerima sumbangan tersebut ialah Jumadil Dulamit Pengerusi Surau Taman Melantah cek diserahkan sendiri oleh Samsudin dalam satu majlis penyampaian itu pada petang tadi.

Sementara Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah turut menyaksikan upacara majlis penyampaian sumbangan itu kepada pengerusi-pengerusi Masjis dan Surau berkenaan.


Kata Rahimah Samsudin adalah merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat sentiasa memberi bantuan apa saja yang diperlukan untuk kepentingan masyarakat setempat.

KEPIMPINAN RAHIMAH ASRAH SEMAKIN MENYERLAH DIPERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN...SYABAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI


RAHIMAH...bergambar bersama-sama ADUN Sekong Samsudin dan rombongan jelajah Berbuka Puasa di Kampung Gas Laut

Add caption
BATU SAPI:- Kegigihan  dan kerajinan Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Arsah yang sentiasa mengikuti jelajah Berbuka Puasa bersama-sama rakyat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarah ini di memerata tempat khususnya di kawasan Sekong-Batu Sapi telah mendapat perhatian umum khususnya ahli-ahli politik setempat termasuk ahli-ahli politik diperinkat negeri dan kebangsaan bila mereka terbaca pergerakannya yang tersiar di media-media portal seperti the  borneo sabah insider.net dan akhbar-akhbar tempatan seperti New Sabah Times (NST)


Kelmarin Rahimah telah mengikuti rombongan berbuka puasa di Kampung Gas Laut bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Hj Samsudin Yahya inilah  dikatakan seorang pimimpin liberal  yang tidak mengenal erti keletihan dan kelesuan walaupun siang  bertugas sebagai seorang pendidik (guru) namun masih  punya waktu melapangkan  masa untuk turut serta menjelajah  berbuka puasa bersama-sama penduduk bukan saja  di Kampung Gas Laut   bahkan  dikampung-kampung lain yang berhampiran.
 
Kami sebagai orang media khususnya wartawan  telah memainkan peranan penting untuk menaikan mertabat seseorang pemimpin yang dinamik seperti Rahimah Asrah dipersadah politik tanah air agar segala gerak gerik dan perjalanan aktivititi yang tersebar luas di media alam maya   agar dapat di ketahui dan dinilai sendiri oleh pihak pemimpin atasan mengenai kewibawaan seseorang itu.

Saya bukan seorang politik saya tidak pernah melihat mana-mana pimpinan politik khususnya wanita  sama ada daripada UMNO atau lain-lain parti komponen BN yang tahan lasak seperti Rahimah  entah barang kali kalau adapun aktiviti-aktiviti mereka tidak tersiar di media-media cetak dan media alam maya hanya sekadar tersiar dilaman sosial FB saja.

Sebagai pemimpin politik kalau hendak cepat naik kepuncak mahligai dan  cepat dikenali oleh para pemimpin negeri dan kebangsaan  tentunya melantik salah seorang jadi pegawai akhbar  yang bertauliah untuk membuat dan menyebarkan segala aktiviti-aktivitinya agar ketahui umum.

Yang kebagusannya kalau seorang pemimpin politik mempunyai pegawai akhbar orang lain tidak berani membuat kritikan meluluh di media-media alam maya mahupun tidak media cetak  makanya sebagai pegawai akhbar itu adalah benteng pertahanan kepada seorang pemimpin.

Syabas Rahimah teruskan berjuanganmu hingga kematlamat yang diharap-harapkan kami sebagai orang  media sentiasa membantumu dari masa kesemasa untuk mempromot  kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi.

Semoga segala perjuanganmu yang suci dalam membantu rakyat akan dianugerahkan  pahala yang berlipat ganda daripada Allah SAW….amin.



KEDUA-DUANYA BERMASALAH TULISAN JAWI DISEKOLAH MUBALIGH DAN SALIB DISEKOLAH MISSION

 

OLEH: SHAIMON S JUMADI


BELUM pun isu mengenai kalimah Allah reda,masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan dengan tindakan biadab segelintir pihak yang sengaja ingin mencetuskan api perkauman.Ia ekoran dari pendedahan mengenai sekeping surat rasmi,yang meminta agar tulisan jawi di papan tanda di sebuah Sekolah Menengah Convent Bukit Mertajam dipadamkan.
 
 
Ini kerana,menurut kandungan surat tersebut ia bukan merupakan ‘amalan’ yang biasa dipraktikkan di setiap sekolah mubaligh Kristian.
 
Surat tersebut di katakan telah dihantar oleh sebuah pertubuhan Kristian,yang dikenali sebagai ‘Sisters of The Infant Jesus’.Paling menarik perhatian,apabila surat tersebut turut menegaskan, perkara tersebut (pendekatan menggunakan tulisan jawi di papan tanda sekolah) TIDAK AKAN DIBENARKAN. 


Menurut sejarah,sekolah mubaligh Kristian atau dikenali juga sebagai ‘sekolah Mission’ adalah merupakan sekolah yang diwarisi sejak sebelum merdeka.Secara dasarnya sekolah convent adalah merupakan sebuah sekolah aliran Kristian yang diasaskan oleh pertubuhan itu melalui usaha yang digerakkan oleh para mubaligh dan biarawati mereka.
 
Namun selari dengan peredaran masa,semua sekolah mubaligh Kristian telah bersetuju dan menerima untuk melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan.
 
 
Dalam erti kata mudah,sekolah ini terdiri daripada dua kategori iaitu sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dan diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan diuruskan oleh Jabatan pendidikan negeri.
 
 
Malah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara,semua sekolah mubaligh ini telah diberikan status Sekolah Kebangsaan kerana melaksanakan kurikulum kebangsaan. 

Maka persoalan yang timbul ialah,mengapakah sebaris tulisan jawi di papan tanda sekolah itu perlu dijadikan isu ?
 
Apakah dengan adanya tulisan tersebut akan menghilangkan,menggugat atau melemahkan peranan sekolah tersebut?.
 
Sebagai kesimpulannya hanya dengan sebaris ayat jawi (yang menggunakan huruf arab) telah menyebabkan pertubuhan Kristian ‘Sisters of The Infant Jesus’merasa tidak selesa dan kurang senang.
 
Cuba bayangkan perasaan yang dirasai oleh masyarakat Islam apabila pihak gereja cuba untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible ?

 
Perkara yang tidak menyalahi undang-undang dan rukun negara dan akta pendidikan seharusnya  jangan dipertikaikan ini boleh mencetuskan kemarahan di kalangan penganus agama Islam.
 
 
Begitu juga masyarakat Islam jangan pertikaikan soal sekolah mission pasang salib kerana sejak sebelum merdeka sehingga kehari ini tiada orang yang mempertikaikan sekolah mission pasang salib yang sedia ada.
 
 
Masyarakat Islam Sabah tulen memang telah faham di mana semua sekolah mission memang mempunyai lambang salib dan perkara ini tidak menjadi kesalahan di bawah akta pendidikan 1961 akta pendidikan 1996 pindaan 2002.
 
Entah dari mana  kalangan ibabapa yang memandai-mandai memaksa semua sekolah mission yang ada di negeri Sabah supaya salib sebagai lambang kemegahan kristian mesti diturunkan.
 
Kenapa mesti diturunkan kenapa takut anak-anak kamu yang bersekolah mission berlambang salib nanti memeluk agama Kristian?
 
Sejak tahun 1950 an sehingga kini rama masyakat Islam di Sabah ini yang belajar di sekolah mission seperti St Mary Labuk (jadi sasaran utama isu salib)  SM St Michael SM Sung Siew, SK St Monica  SK St Mary Convent dan SK St Gabrel kita tidak ada anak-anak Islam terpisung agamanya tetap Islam.
 
Barang kali penduduk Islam PATI yang tinggal di Sabah ini yang mendapat kerakyatan songsang  sebagai bumiputera  klon yang mula mencetuskan perkara salib di sekolah mission ini kalau penduduk Sabah tidak kira apa bangsa sekalipun yang lahir dibumi Sabah tentunya  tidak berfikiran sempit sebegini yang membuat marah kepada para penganut kristian yang lain.
 
 
Coba lihat ini siapa punya angkara PIBG  memandai-mandai supaya alihkan Salib daripada bangunan Sekolah Mission apa tujuannya kenapa takut  dengan Salib.
 
 
 PETIKAN BERITA
 
Muslim parents and teachers of a Sabah school were unhappy with the placement of the cross on a new classroom building, facing the main entrance in the all boys primary school in Sandakan and wanted it removed. 





KOTA KINABALU, June 26 ― The Sandakan mission school that was pressured by its Muslim-majority Parents and Teachers Association to remove a cross the fa├žade of a new building has rebuffed attempts for it to move the religious icon to another location.

The SK St Mary Labuk school board chairman Alice Tan said they were not seeking to offend anyone and all mission schools in the country have the right according to the Education Ministry’s policies to stand by their ethos.

“We cannot take it down or move it just because they’re unhappy it is there. Whether or not they are satisfied with the outcome (not to remove it or place it elsewhere), they will have to learn to understand and accept it.

“It’s nothing personal against another religion; we have been a mission school even prior to independence,” said Tan when contacted by Malay Mail Online.

It was reported earlier this week that the Muslim parents and teachers of the school were unhappy with the placement of the cross on a new classroom building, facing the main entrance in the all boys primary school in Sandakan and 

 On Wednesday, Deputy Education Minister I Datuk Mary Yap said that Christian mission schools in Malaysia are allowed to retain their ethos and characteristics according to a circular issued by the Education Ministry in January 2013.

Following the report, the Sandakan District Education Office met with school authorities to explain the circular to the teachers and parents concerned, but the latter group then requested for the cross to be placed somewhere less conspicuous.
T
an said another meeting was convened yesterday, this time with the Sandakan Catholic diocese’s Reverend Bishop Julius Gitom, the principal and the school board, during 

 “We hope that people do not misunderstand us, we are not trying to provoke or offend any party. We considered a lot of factors when deciding on the cross, and we settled on a subtle cross on the building as opposed to on the roof,” said Tan.

She said that policy was clear that mission schools were allowed to display their religious symbols and the school had no malicious intent or doing something illegal to provoke negative sentiments.

“We hope that the objecting party will eventually accept and understand us, and put this behind us so we can move on peacefully,” she said.

The school is populated by a Muslim majority, both in students and teachers.

Sabah education director Datuk Jame Alip said that although he has not received a report on the issue yet, he considered the matter resolved with Yap’s statement.

Sandakan MP Stephen Wong, who was asked to intercede on the school’s behalf, said that it was disappointing that religious intolerance was starting to show in the usually harmonious state.

 “I feel a lot of sorrow. Such issues are not common in Sabah and it should not happen, especially at school level. We should have learnt to be more tolerate and understanding of each other’s race and religion in this multicultural society,” he said when contacted.
-