SURAU NUR RAHMAN KG GAS AKAN DIBAIKI GUNA PERUNTUKKAN MP BATU SAPI....KATA LINDA

OLEH: SHAIMON S JUMADI
LEE KON CHOI@ABDULLAH LEE

GAMBAR MENUNJUKKAN:- Linda (3 dari kiri) bersama pegawai-pegawainya serta wakil Surau  Nur Rahman di Kampung Gas Baru semasa tinjauan ke kampung berkenaan.


BATU SAPI:-   Surau Nur Rahman di Kampung Gas Baru dalam kawasan Parlimen Batu Sapi akan dibaiki menggunakan peruntukan dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.

Linda yang mengadakan lawatan turun padang telah bertemu dengan penduduk di kawasan Parlimen Batu Sapi, untuk mengenalpasti kemudahan-kemudahan rosak yang perlu dibaiki serta masalah yang dihadapi mereka.


Beliau memberitahu bahawa beliau akan menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki Surau Nur Rahman setelah wakil-wakil surau mengajukan masalah berkenaan kepada beliau.

“Saya telah meninjau keadaan surau dimana saya mendapati lantai, dinding dan bumbung antara kemudahan asas yang perlu dibaiki. Kerja-kerja ini akan dimulakan dalam tempoh terdekat,” kata Linda.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pegawai-pegawai lain.


No comments:

Post a Comment