SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BOTITION AKAN DIBINA MENJELANG RMK-11..... KATA JAMES RATIB

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TINJAU TAPAK PROJEK...James Raitb dibawa meninjau tapak Projek pembinaan MSK Botition







SUGUT:-  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N.39 Sugut, Datuk James Ratib, berkata pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Botition perlu diberikan keutamaan menjelang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menurut beliau, banyak faktor pentingnya pembinaan berikutan di kawasan Sugut terdapat tiga sekolah sedia ada iaitu SMK Simpangan; SMK Terusan Sugut dan SMK Pamol yang masing-masing berjauhan selain berada di tengah-tengah ladang kelapa sawit.

Lagi pun, beliau berkata, SMK Pamol umpamanya yang terletak di dalam ladang kelapa sawit sekali gus mengakibatkan keselamatan anak-anak khususnya pelajar dari sekitar kampung-kampung adalah tidak terjamin.


Lebih malang lagi, katanya, sukar untuk memasuki kawasan persekolahan untuk berjumpa dengan anak kerana terikat dengan undang-undang syarikat perladangan tersebut.
 
"Besar harapan saya agar pembinaan SMK Botition diberikan keutamaan menjelang RMK-11 nanti yang banyak kebaikannya kerana berdekatan dengan beberapa sekolah rendah seperti SK Botition; SK Basai; SK Lingkabau; SK Monopood; SK Binsulong dan SK Sungai-Sungai.

"Dengan wujudnya sekolah menengah yang tapaknya sudah pun tersedia seluas 30 ekar untuk pembinaan SMK Botition, Beluaran sudah pasti merancakkan lagi proses pendidikan di kawasan ini.

"Ini kerana, hanya terdapat tiga sahaja sekolah menengah yang ada dan kita mahu pembinaan SMK Botition dapat diberikan keutamaan dalam RMK-11 supaya memudahkan semua pihak terutamanya warga pendidik dan para ibu bapa," jelasnya kepada New Sabah Times.

James selaku Ketua Umno Bahagian Beluran berkata demikian ketika mengiringi Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Jame Alip yang melakukan lawatan ke SMK Simpangan, Paitan dekat sini, baru-baru lepas.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Hassan dan Penolong Pegawai Daerah Kecil Paitan, Elias Abdul Hamid serta beberapa pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Mengulas lanjut, James merangkap Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn Bhd berkata penduduk Sugut tertunggu-tunggu pembinaan SMK Botition kerana mengambil kira potensi pembangunan Botition yang bakal membangun sebagai sebuah pekan baru.

Justeru itu, ujarnya, sebagai pekan yang terletak antara Nangoh dan Paitan maka pembinaan SMK Botition dilihat membawa banyak manfaat memandangkan kedudukannya yang sangat strategik.    


Ditanya oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah Insider  tentang perjalanan arena politik negeri Sabah  James Ratib menjelaskan  sejak BN memerintah Sabah bermula dari tahun 1994 negeri Sabah banyak berubah lebih jauh  dalam aspek pembangunan luar Bandar.

Tambahan lagi jelas James Ratib semenjak Datuk Seri Musa Hj Aman menjadi Ketua Menteri Sabah dalam berapa dekad kehidupan rakyat Sabah terutama sekali dari segi ekonomi bertambah baik banyak peluang-peluang perkerjaan dan peniaga diagih-agihkan kepada rakyat Sabah.

“Saya berani mengatakan Musa adalah bapak pembangunan Sabah ini jelas   kepimpinannya   semakin  menyerlah banyak-banyak Ketua Menteri Sabah Musa saja tiada tolok bandingannya jika dibandingkan   dengan ketua-ketua menteri sebelumnya”


“Dengan ini saya selaku Ketua Bahagian UMNO Kawasan Beluran serta ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Cawangan hingga ke akar umbi terus berdiri dibelakang Musa untuk memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi ini  ikrar saya dan ahli-ahli UMNO yang lain khususnya Bahagian Beluran” tegasnya.

No comments:

Post a Comment