RAMAI ORANG TIDAK PUAS HATI PENANGGUHAN PROJEK PELEBARAN JALAN BATU 8 HINGGA BATU 16 DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BINCANG.....Wong kelihatan sedang mendengar taklimat daripada Jurutera JKR mengenai penangguhan projek tersebut



SANDAKAN:- Projek pelebaran  Jalan Batu 8 hingga ke Batu 16 Jalan Labuk yang sehingga kini belum siap-siap lagi  Ahli Parlimen Sandakan Stephen (DAP)  Wong tidak berpuas hati dengan penengguhan projek tersebut.

Beliau menggesa pihak Jabatan Kerja Raya memantau ketat perkembangan projek, kerana kelewatan persiapan projek tersebut menjejaskan lalu lintas dan ekonomi Sandakan, dan seterusnya mengganggu kehidupan masyarakat.

Beliau meninjau ke lokasi berkenaan  baru-baru ini, setelah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai kelewatan projek pelebaran jalan raya tersebut. Beliau juga berjumpa dengan jurutera JKR Andrew, untuk menyampaikan aduan dan ketidakpuasan hati beliau.

Wong berkata, tong yang terletak di bulatan Batu 9, melarang pemandu menggunakan bulatan tersebut, pemandu hanya boleh memutar balik ke arah bandar dari bulatan Sungai Padang Batu 11, ini menimbulkan masalah lalu lintas yang serius. Beliau menggesa pihak JKR mengatasi masalah tersebut, dan kemudiannya dimaklumkan bahawa penutupan bulatan tersebut adalah bersifat sementara sahaja. 

Beliau berkata, yang paling tidak memuaskan ialah, projek pelebaran jalan raya batu 8 hingga 16 Jalan Labuk masih belum siap sejak April 2012 hingga April tahun ini (2015). Jumlah panjang jalan raya adalah 8km dan menelan kos sebanyak 105 juta ringgit, secara puratanya kos pembinaan lebih daripada sepuluh juta ringgit bagi setiap kilometer, apa sebabnya penangguhan berkali-kali sehingga kini masih belum disiapkan?

Tambah beliau, selain daripada kos pembinaan sebanyak 105 juta ringgit bagi projek pelebaran jalan raya tersebut, terdapat 11 juta ringgit peruntukan tambahan untuk kerja-kerja pemindahan tiang elektrik, kabel, paip air dan lain-lain. Pada awalnya, dijangka siap pada bulan April 2012, selepas itu ditangguhkan ke bulan Oktober 2013, masih tidak dapat siap. Pada kali ketiga, dilanjutkan ke bulan April 2015, dan dijamin pasti dapat siap dalam jangka masa tersebut, tetapi kini bulan Mei 2015, jalan tersebut masih belum lengkap, dan dipercayai memerlukan sekurang-kurang 6 bulan lagi untuk disiapkan.

Wong berasa kecewa dan tidak faham mengapa projek pelebaran jalan 8 km itu begitu sukar untuk disiapkan.

Beliau berkata, sebelum ini penangguhan adalah disebabkan pemindahan tiang elektrik, kabel dan paip air. Walaupun terdapat peruntukan tambahan sebanyak 11 juta ringgit untuk tujuan pemindahan, tetapi kini masih terdapat banyak tiang elektrik yang belum dipindah, jangan-jangan wang telah habis dibelanja, tetapi kerja belum lagi dijalankan.

Beliau pernah menghantar surat kepada JKR pada bulan November tahun lalu, untuk menggesa pihak berkenaan menyediakan jalan sementara semasa projek dijalankan, untuk memastikan aliran lalu lintas lancar. Semasa peninjauan, didapati masih terdapat sebahagian jalan yang tidak rata, menjejaskan lalu lintas.
Selain itu, beliau juga bimbang dengan projek pelebaran jalan Batu 16-32. Beliau berkata, projek tersebut adalah dalam Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi sehingga kini menjelang Rancangan Malaysia 11, ia masih belum selesai, ini adalah tidak adil kepada orang Sandakan.



No comments:

Post a Comment