NBOS MERUPAKAN AGENDA POSITIF BANGUNKAN NEGARA ...KATA ZAKARIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan agenda positif bagi membangunkan negara dengan memastikan sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat terus meningkat.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, berkata perlaksanaan NBOS memberikan faedah kepada semua pihak kerana idea yang kreatif selain kolaborasi antara jabatan dan agensi memudahkannya melaksanakan segera pembangunan berimpak tinggi.



 BANDAR SELAMAT ... Zakaria (tengah) menyampaikan sebuah peti surat kepada wakil penduduk iaitu Hussin Sukan sebagai pelancaran projek NBOS di taman perumahan mereka

Katanya, terbukti melalui program Kejiranan Indah atau 'My Beautiful Neighbourhood yang dilaksanakan merupakan satu usaha mensasarkan perlaksanaan di kawasan bandar seperti memberi perhatian terhadap kemudahan awam yang tidak terjaga, kotor dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi.


- BOMBA KOMUNITI ... Zakaria menyampaikan sijil penghargaan dan disusuli alat pemadam api kepada wakil penduduk kawasan perumahan tersebut sambil diperhatikan Mohammad dan kenamaan yang lain

Menurut beliau, projek MyBN ini dilaksanakan dengan cepat dan pantas menggunakan kos minima dengan mengoptimumkan sumber terkumpul bagi mencapai hasil yang lebih baik  sekali gus manfaatnya dapat dirasai semua.
  
- IKRAR ... Hussin mengetuai ikrar penduduk Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2 Sandakan bersempena majlis penyerahan projek NBOS di taman perumahan mereka
6 Attachments


"Nampak jelas bahawa semua usaha yang dilaksanakan adalah untuk memberikan kebaikan dan keselesaan kepada masyarakat. Bagi Negeri Sabah, beberapa projek MyBN Sabah yang telah dilaksanakan. 

"Antaranya ialah membaik-pulih perumahan awam di Rumah Pangsa Perumahan ERPH Taman Keramat, Kota Kinabalu; Rumah LPPB, Batu 3 ½  Sandakan; Projek House Build Sabah di Kg Kopundadan, Matunggong Kudat; Kg Kelanahan Rimba Papar; Kg Pantai Emas Kota Belud dan Kg Indani Semporna.

"Untuk tahun 2015, ianya akan diperluaskan ke 18 lokasi bagi membaik-pulih perumahan awam kos rendah dan ke 30 lokasi bagi program House Build," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyerahan projek NBOS, Kejiranan Hijau dan pelancaran Program Transformasi Sosial Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2, Jalan Utara, dekat sini, kelmarin.



GAMBAR KELIHATAN..... Zakaria sewaktu berucap pada majlis itu


Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Haji Mohammad Mentek; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Datuk Au Kam Wah; Adun Karamunting, Charles O Pang dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.
 3.

- CERIA ... Zakariah sambil diperhatikan Mohammad menyampaikan tiga bekas kitar semula kepada wakil penduduk sempena program Rakan Taman dan COMBI 

Mengulas lanjut, Adun Gum-Gum itu berkata perlaksanaan progam di Sabah perlu dilihat sebagai satu inisiatif yang menjurus kepada pemberian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat seluruhnya.

Ujarnya, keadaan ini menampakkan yang rakyat negeri ini tidak ketinggalan dalam apa jua perancangan dan pembangunan daripada pihak kerajaan persekutuan.

"Buktinya, dapat kita lihat dengan jelas dalam peruntukkan yang diturunkan ke Rumah Pangsa LPPB ini di mana ia melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahan lanskap di kawasan kejiranan ini.

"Sehubungan dengan itu, masyarakat seharusnya menghargai apa yang telah diberikan. Budaya menjaga alam sekitar dan kebersihan hendaklah dijadikan amalan harian dalam kehidupan seharian," kata beliau.



- Sebahagian pemimpin masyarakat setempat dan penduduk kawasan kejiranan Rumah Pangsa LPPB Batu 3 1/2 yang hadir bagi memeriahkan majlis penyerahan projek NBOS tersebut

Katanya lagi, pembentukan Rakan Taman, COMBI dan Komuniti Bomba termasuk kewujudan Rukun Tetangga (RT) di kawasan kejiranan ini merupakan satu platform yang 

dapat membantu memastikan persekitaran kejiranan menjadi satu kejiranan yang bersih dan teratur selain merapatkan lagi jalinan hubungan antara sesama penduduk yang melebihi  4000 orang itu.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar pihak LPPB mewujudkan 'Management Corporation' atau MC di kawasan kejiranan ini agar perkara yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan dapat dijaga dengan lebih teratur dan tersusun.

Ini katanya, bukan saja mengharapkan komitmen pihak berkuasa tempatan semata-mata namun lerjasama erat dan perkongsian bijak antara semua pihak adalah amat penting.





No comments:

Post a Comment