MESYUARAT SIRI II 2015 WANITA UPKO KINABATANGAN BERJALAN LANCAR ...KATA R FARIDAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KUAMUT: Mesyuarat  Pergerakan  Wanita UPKO Bahagian P187 Kinabatangan  Siri II 2015 telah dilangsungkan kelmarin dikediaman Datuk Masiung Banah Di Astana High dekat sini.

Mesyuarat yang berjalan hampir lebih dua jam itu telah dipengerusi sendiri oleh Ketua Pergerakan UPKO Kinabatangan Puan R Faridah Saidin.

Sebelum mesyuarat dimulakan Faridah  mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Wanita UPKO seramai 22 orang kerana sudi melapangkan masa untuk hadir sama bagi  menjayakan mesyuarat itu  berjalan dengan lancar.

Katanya kita sebagai Wanita UPKO adalah merupakan tulang belakang dan tunjang perjuangan UPKO Bahagian untuk memantabkan perjuangan politik kita dipersada tanah air khususnya di kawasan Kinabatangan/Kuamut  dan negeri Sabah.

“Dalam pada itu kita harus menyokong sepenuhnya pucuk pimpinan yang diterajui oleh Presiden UPKO beliau tidak lain tidak bukan Datuk Masung Banah yang juga merupakan ADUN Kuamut”

“Kami selaku pergerakan Wanita UPKO Kinabatangan berikrar akan tetap setia atas pimpinan Datuk Masung sebagai Presiden UPKO yang juga merupakan rakan kongsi dalam perjuangan Barisan Nasional (BN)” Ujar Faridah.

Antara agenda yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut ialah Menerima setiap laporan Zon Wanita UPKO, Laporan Biro Wanita UPKO  dan lawatan kerja  Ke Daerah Ranau.
                        

Sambil itu Faridah mengucapkan terima kasih kepada Masiung Banah kerana sudi membenarkan rumahnya untuk digunakan mesyuarat itu kemudian satu upacara majlis penyampain sijil watikah pelantikan Setiausaha Wanita UPKO Kinabatangan kepada Puan Bibi Simen  telah dilakukan.

No comments:

Post a Comment