KERAJAAN SARAWAK BATAL GST UNTUK PERKHIDMATAN PBT DAN KERAJAAN.....ADENAN

KUPUSAN DARI MEJA EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI


BERITA agak  menggembirakan kepada rakyat Sarawak bilamana Ketua Menteri Sarawak  telah mengumumkan bahawa di negeri bumi Kenyalang itu  tidak kenakan  Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)  adakah kerajaan Sabah akan mengikut jejak langkah Sarawak?

Seperti yang dipetik daripada laporan  portal Berita Express dan the Borneo Post menyatakan bahawa rakyat negeri ini boleh menarik nafas lega sekarang kerana tidak perlu membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.

Persoalan disini timbul sama ada Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah akan mengorak langkah bersama Sarawak, Johor, Pulau Pinang dan juga Terengganu, dalam masa terdekat ini?

Kalau pun Musa gagal menyerapkan GST saperti di Sarawak, sekurang-kurang nya beliau berikan justifikasi kepada rakyat Sabah mengapa negeri ini masih kekal kan GST.


Dalam pada itu, dikatakan Ketua Menteri Sarawak,Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan perkara ini semasa menyempurnakan Majlis Pemansuhan Tol Jambatan Lanang Sibu kelmarin.

Adenan berkata, kerajaan negeri sebaliknya akan membantu membayar GST bagi perkhidmatan majlis perbandaran dan kerajaan.

Dengan langkah itu, katanya negeri ini adalah yang keempat di negara ini selepas Johor, Pulau Pinang dan Terengganu kerana kerajaan mereka juga
tidak melaksana GST bagi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jabatan kerajaan.

“Pelaksanaan GST menyebabkan harga barang naik di luar kawalan saya.

GST ini diperkenal oleh kerajaanpersekutuan dan bukan kerajaan negeri,” katanya berucap di hadapan 10,000 hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Bagaimanapun, Adenan memberitahu bahawa kerajaan negeri akan cuba mencari jalan untuk mengurangkan beban ditanggung rakyat amnya, berhadapan dengan GST. 



Ini termasuk memansuh kutipan tol di jambatan di negeri ini membabitkan Jambatan ASEAN, menurunkan caj feri di Long Lama dan Marudi dengan RM1 daripada RM6, menurunkan tarif elektrik bagi pengguna kediaman dan komersial.


No comments:

Post a Comment