KENAIKAN TARIF AIR PUNCA HARGA BARANG MELAMBUNG TINGGI....DAKWA WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Tindakan Kerajaan Negeri menaikkan kadar tarif air disifatkan sebagai keterlaluan kerana mengakibatkan dan punca kenaikan harga barang melambung tinggi seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kawasan Sandakan (DAP)  Stephen Wong hari ini.


Beliau memberi respon sedemikian, berhubung dengan peristiwa para peniaga industri ringan di Bandar Kim Fung menerima kadar bil air yang terlampau tinggi.

Beliau juga menyifatkan kerajaan negeri BN yang keterlaluan dengan caj bekalan air, sama seperti pepatah cina "hanya membenarkan pegawai membakar, tetapi tidak membenarkan rakyat menyalakan lampu”, kerana kadang-kadang para peniaga terpaksa menaikkan harga tetapi dilarang oleh kerajaan, kerajaan pula menaikkan semua caj di sebaliknya.

Wong menunjukkan bahawa sebelum ini kadar minimum tarif air adalah RM4, kini kadar minimum tarif air bagi sektor perniagaan adalah RM22.50, kadar minimum bagi sektor perindustrian pula adalah RM70. Peningkatan caj minimum sebanyak berapa peratus? Dipercayai ramai orang pun susah mengirakannya.

Beliau berkata, bukan sahaja kadar minimum tarif air keterlaluan, kadar seunit air juga keterlaluan. Sebelum ini setiap unit adalah 90 sen, kini kadar 0-70 unit bagi sektor perniagaan dan perindustrian adalah RM1.60 setiap unit, jika melebihi 70 unit adalah RM2 seunit.

Bagi kadar air rumah, 0-10 unit adalah 30 sen seunit, 11-20 unit 60 sen, 21-35 unit RM1.10 , 36-60 unit RM1.30, lebih daripada 60 unit adalah RM1.80 seunit.

Wong berkata, walaupun kebanyakan pengguna golongan bawah tidak terjejas, tetapi disebabkan tarif air sektor perniagaan dan perindustrian meningkat, menyebabkan harga barang turut menaik, bagaimanakah rakyat tidak terjejas?

Beliau menyifatkan kenyataan yang berkata golongan bawah tidak terjejas dengan kenaikan tarif air adalah menipu sesama diri sendiri. 

Diharapkan kerajaan BN dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) BN jangan berbohong kepada diri sendiri dan menipu rakyat.

Beliau berkata, 2 orang ADUN DAP pernah menentang kenaikan tarif air oleh kerajaan negeri BN dalam persidangan DUN, tetapi ADUN BN tiada sebarang respon, malah mempertahankan kenaikan tarif air walaupun ia adalah terlampau,  ini amat mengecewakan.

Wong menggesa kerajaan BN mengkaji semula tarif air dengan serta merta, membatalkan tarif air minimum, memulangkan keadilan kepada rakyat.

Beliau berkata, GST telah menyebabkan rakyat amat sengsara, tetapi kerajaan negeri masih menaikkan tarif air secara sewenang-wenangnya, ini sama seperti "menambah penghinaan kepada kecederaan".

Beliau percaya bahawa dengan pelaksanaan GST, tarif air meningkat, harga minyak juga akan menaik tidak lama lagi, ini kerana kerajaan BN adalah “Kerajaan Naik Harga”.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri BN perlu menghalang kawasan perumahan haram mencuri air, dan mencegah kehilangan bekalan air, bukannya menambah kesemua kerugian ke atas para pengguna, ini adalah perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab, terutamanya bekalan air merupakan keperluan rakyat yang perlu kerajaan sediakan.




No comments:

Post a Comment