KEMARAU PANJANG MATUNGGUNG DAN KUDAT KETANDUSAN BEKALAN AIR BERSIH

OLEH: CHARLES P ANDIANG


KESIHAN SUNGGUH.....Hingga mencedok nair  bercampur lumpur sebagai simber air minum tak lama lagi mereka  diserang  cerer beret.

KOTA  KINABALU:- Beberapa tempat di Sabah telah dilanda kemarau panjang antaranya ialah di kawasan Matunggung dan Kudat.

Terdapat beberapa orang penduduk di kawasan Matunggung mendakwa masalah air bersih bukan perkara baru ianya sudah 28 tahun di beberapa buah kampung di Matunggung tidak mendapat bekalan air bersih mereka menggunakan air sebagai sumber air untuk minum, mencuci dan mandi menggunakan air telaga kecuali kalau musim hujan mereka menggunakan air tangki.

Negeri Sabah sudah mencapaikan kemerdekaan selama 52 tahun bermula 1963 sehingga ke hari ini namun kawasan Matunggung dan Kudat tetap sama penduduknya amat menderita.

Di mana kah sikap tanggungjawab wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional untuk menangani  masalah bekalan air bersih di kedua-dua tempat ini kenapa kerajaan tiada alternatif  lain mencari tadahan air bersih untuk kegunaan masyarakat kawasan luar Bandar.

Kata seorang penduduk yang hanya dikenali Adoi Ayah ada baiknya bawa Perdana Menteri melawat ke kawasan Matunggung dan Kudat agar beliau  akan melihat sendiri dengan mata kepalanya keadaan di kedua-dua kawawan berkenaan.

Coba lihat sendiri beberapa orang suri rumah sedang mencari air sambil menggali telaga yang dalam keadaan kabut (keruh)  tentu tidak selamat untuk digunakan untuk mandi kah atau air minum.

No comments:

Post a Comment