JAAFAR .........MINTA PUSAT PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN DIURUS SEMULA OLEH KERAJAAN

OLEH: SHAIMON S JUMAD


BANGUNAN BELIA... nilah Pusat Pembangunan Belia dan Sukan atau PPBS yang terletak di lokasi strategik Pasir Putih, Jalan Bokara dikatakan kononnya tidak lagi berfungsi 



SANDAKAN: Penasihat Persatuan Belia Kg Air, Jafar Mustafah mencadangkan kepada kerajaan agar Pusat Pembangunan Belia dan Sukan (PPBS) di Pasir Putih, Jalan Bokara dekat sini diurus semula supaya matlamatnya tercapai dalam usaha mahu melihat para belia lebih cenderung kepada kesihatan dan kecergasan.

Ini katanya, banyak persatuan yang melibatkan pembangunan belia berdaftar terutamanya di kawasan Parlimen Batu Sapi maka adalah elok kiranya PPBS diselia dengan baik bagi mencapai segala objektif.

"Pada saya, cadangan ini adalah bagi kebaikan kita semua khususnya Generasi Y yang merupakan aset terpenting kepada pembangunan negara jadi pusat sedia ada wajar diurus semula.

"Bayangkan, pihak kerajaan telah berbelanja wang yang banyak untuk menyediakan sebuah PPBS di kawasan Parlimen Batu Sapi yang terletak di dalam DUN 44 Karamunting, lokasinya amat bersesuaian dan paling strategik kerana berdekatan pantai di mana ramai belia berjoging dan beriadah," jelasnya kepada New Sabah Times kelmarin.

Jafar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Air berkata pusat tersebut memberikan manfaat kepada belia dan beliawanis dari sekitar Karamunting dan Sekong seperti Kampung Sheeng Kee; Kampung Pasir Putih; Taman Melanta; Kampung Bokara, Kampung Air; Kampung Karamunting; Perumahan MPS; Kampung Bahagia dan kampung-kampung lain.

Beliau menambah bahawa belia-belia yang berpersatuan dan aktif dalam bidang kecergasan sudah tentu dapat memanfaatkan segala kemudahan yang lengkap terdapat di pusat tersebut.

Namun begitu, ujarnya, apa yang mereka sedia maklum bahawa jurulatihnya telah tiada sekali gus menyebabkan tidak berfungsi langsung pusat kecergasan itu.

"Apakah pusat sebegini hidup dan aktif mengikut jurulatih atau mengikut pengurusan yang aktif. Apabila pengurusan sudah tiada, maka tidak berfungsilah pengurusannya," tanya Jafar.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu pihak kerajaan bertindak agar PPBS dapat diaktifkan semula demi kebaikan Generasi Y yang aktif dalam bidang sukan dan kecergasan," jelasnya.




No comments:

Post a Comment