ADUN GUM-GUM ZAKARIA SAMBUT RMK-11 YANG DIUMUMKAN PERDANA MENTERI

                                                                     OLEH: AZMI AZMAN

GAMBAR KELIHATAN……Zakaria membaca salinan RMK 11 di pejabat beliau kelmarin



GUM-GUM:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris menyambut baik Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK11) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak Khamis lepas.

“Sepertimana yang telah dikatakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman bahawa RMK11 RMK11 merupakan satu rancangan pembangunan lima tahun yang sangat penting, dalam mencapai status negara maju pada 2020,” kata Zakaria ketika diminta mengulas berhubung pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Tun Razak.

Rancangan ini menggariskan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh lima tahun akan datang untuk mencapai objektif berkenaan, tambah Zakaria

Aspek yang berkaitan dengan pembangunan infrastruktur asas serta kebajikan rakyat seperti perumahan untuk rakyat, kemudahan penjagaan kesihatan, sekolah dan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan membawa kesan positif secara langsung terhadap pembangunan Negeri Sabah, kata Zakaria.

RMK 11memang terbaik kerana ia jelas dilakukan demi kebaikan rakyat dan negara secara keseluruhannya dengan menumpulkan seluruh sektor kehidupan manusia, rancangan pembangunan terutama sekali di kawasan bandar, kata Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

“Jika dilihat, Sabah diberikan jumlah peruntukan yang besar di bawah RMK11 untuk pembangunan dalam pelbagai sektor dan banyak memfokuskan kepada transformasi kawasan luar bandar,katanya.

“Saya selaku wakil rakyat untuk kawasan Gum Gum yang terletak di pinggir bandar meminta agar Gum Gum akan juga tersenarai untuk mendapat peruntukan membina serta membaiki rumah memandang ramai rakyat di kawasan ini masih memerlukan rumah dan juga membaiki rumah mereka,” kata Zakaria.

Zakaria merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang terus memberi perhatian kepada suara rakyat serta kepentingan Negeri Sabah.




No comments:

Post a Comment