PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT PARLIMEN ANJURAN PEMUDA UMNO BATU SAPI DAPAT SAMBUTAN....RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ASRAH

BATU SAPI: Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berpendapat  bahawa Pertandingan Kompang yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian UMNO Batu Sapi ia merupakan satu usaha murni yang harus diteruskan untuk menerap nilai- nilai budaya memertabatkan permainan  kompang di kawasan Batu Sapi.

“Budaya main kompang  telah  diwarisi   sejak dizaman nenek moyang kita lagi dan merupakan seni budaya orang Melayu yang berusur keagamaan  Islam kerana para ahli-ahli kompang berpakaian ala Melayu khususnya baju Selangor bersongkok dan berkain samping” “Ujarnya.

 
“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Batu Sapi menyokong usaha murni Ketua Pemuda UMNO Batu Sapi kerana berjaya menganjurkan pertandingan Kompang Peringkat Parlimen  Batu Sapi di mana penyertaannya sungguh amat memberangsangkan  Syabas” Katanya.

Rahimah berkata menganjur pertandingan kompang ia menjurus  untuk memperkasakan dan memertabatkan tradisi permainan kompang  yang  dijadikan budaya bagi menerapkan aktiviti-aktiviti positif  kepada golongan belia khususnya di kawasan Batu Sapi.

Pertandingan Kompang Peringkat Parlimen  Batu Sapi ianya dirasmikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Sekong Zantapha Zainal Abidin  yang   ADUN Sekong.

Pertandingan tersebut yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan telah disertai lima kumpulan kompang khas untuk parlimen Batu Sapi sahaja.


Johan disandang oleh Kumpulan kompang   Nur As Safwan  Taman Mawar, Naib Johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh kumpulan  Al Iman Karamunting dan kumpulan Nurushohbah Karamunting.















MANTAN MT UMNO KECEWA RMK11 MASIH BINCANG KEMISKINAN BUMIPUTERA


OLEH KC NAZARI


KUALA LUMPUR:-Mantan  Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah berharap kerajaan mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.-

.Bekas Timbalan Menteri Umno Datuk Saifuddin Abdullah kecewa pendekatan kerajaan yang masih cuba menyelesaikan masalah kemiskinan menurut garis perkauman dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11) ketika cabaran itu kini merentasi garis perkauman.


Beliau berharap Malaysia mengambil inspirasi daripada Laporan Pembangunan Malaysia 2013 yang menekankan pembasmian kemiskinan meliputi seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengharapkan RMK11 akan meneruskan perbincangan itu. Malangnya tidak.

"Maka kerana itu saya sangat sedih RMK11 masih mempunyai agenda Bumiputera.

"Saya mengharapkan RMK11 sebagai pelan pertama yang tidak menangani masalah ini berdasarkan kaum tetapi berdasarkan keperluan," katanya sewaktu berucap pada forum anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu, Persatuan Promosi Harmoni Malaysia (Harmony Malaysia), di Petaling Jaya petang ini.

Menurut Saifuddin, satu perbincangan untuk menetapkan tempoh agar pembasmian kemiskinan berdasarkan kaum dihentikan, perlu diadakan.

Bagaimana pun, kumpulan pendesak Melayu Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada 28 Mei lalu berpandangan agenda Bumiputera diketepikan dalam RMK11.

Menurutnya, ini kerana hanya 5% daripada 389 halaman laporan itu membincangkan agenda Bumiputera. - POSTED BY THE MALAYSIA INSIDER

ULASAN:

Bukan kah rakyat Bumiputera yang tinggal di Sabah antara 13 negeri di Malaysia Sabah adalah negeri yang terkaya  sekali.

Dimana rakyatnya tidak kira Bumiputera dan warga tempatan lain termasuk PATI hidup dalam kemewahan.

Siapa bilang rakyat Sabah masih di belenggu kemiskinan orang-orang Sabah paling senang mengharungi kehidupan sementara Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) turut mengecapi kehidupan paling istimewah.


Tambahan kerajaan melaksanakan GST bertambah baik kehidupan rakyat di kawasan pedalaman mereka 90 peratus sokong GST

Soal skandel 1MDB yang membabit Tabung Haji  rakyat Sabah 90 peratus  memberikan sokongan terhadap penyelewengan itu 


Jelas kelihatan orang-orang Sabah 100 peratus boleh mudah diperbodoh-bodohkan seperti kerbau dicucuk hidung  walaupun jelas adanya berlaku perkara-perkara songsang masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Sabah terutama sekali para penyokong UMNO/BN.

AWAS EMPAT ORANG MENYAMAR PEGAWAI PERHUBUNGAN FARMASI MALAYSIA...

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Orang ramai harus berhati-hati kerana terdapat empat orang dua lelaki dua wanita menyamar sebagai Pegawai Perhubungan Awam Permasi Malaysia dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk datang kerumah-rumah untuk memeriksa nyamuk Aedes.

Keempat-empat orang ini mereka bukan pegawai daripada Permasi Malaysia mereka menyamar untuk sama ada melakukan penipuan kepada suri-surirumah atau mahu menyamun atau lebih jelas lagi mahu perempak.

Sesiapa  ada diantara and  didatangani oleh keempat empat orang ini antara satu namanya Sharizwan bin Bidin Kad Pengenalan 821212-07-5529 Nur Balqios Kad Pengenalan 780424-07-5576, Nurhikmah Kad Pengenalan  940921-02-5166 Dan  Zamri bin Roslan Kad Pengenalan 850410-07-5133. Sila hubungi polis yang berdekatan.

Orang ini sudah lama membuat penyamaran sebagai Pegawai Perhubungan Farmasi Malaysia keempat orang itu memegang jawatan yang sama.



Begini saja cara yang  bail kalau tidak sampai saja dirumah terus belasah habis-habisan  ikat kedua belah tangannya ambil pisau jilet baru kerat-kerat  dimukahnya  sudah separuh mati kemudian hantar ke balai polis yang berhanpiran biar mereka meringkuk da
lam penjara.




BELASAH... Habis-habisan kalau mereka datang kerumah kerat-kerat mukahnya dengan pisau jilet.

LINDA TSEN DAKWA KELEMAHAN PENGAWALAN KESELAMATAN DI PANTAI TIMUR PERLU DITINGKATKAN

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Kejadian penculikan yang berlaku di Restoran Ocean King di Teluk Sandakan dalam kawasan Parlimen Batu Sapi, pada 14hb Mei 2015, menunjukkan terdapat kelemahan dalam pengawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

Justeru, Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam ucapan ketika perbahasan di persidangan Parlimen kelmarin, menyeru agar pihak agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengatur dan melaksanakan strategi yang lebih berkesan untuk menangani masalah ini. 

Kelengkapan dan peralatan yang lebih baik seperti Helikopter N3, kapal-kapal laju, radar yang lebih peka dan kuat, dan lain-lain, perlu disediakan untuk pengawalan yang lebih berkesan. Usaha perisikan ke atas musuh juga perlu dipertingkatkan, tambahnya.

Kerajaan Pusat telah mengambil langkah meningkatkan kawalan keselamatan di perairan pantai timur Negeri Sabah, dimana pasukan Eastern Sabah Security Command, atau ringkasnya ESSCOM telah ditubuhkan bagi mengelolakan kawalan keselamatan ekoran insiden pencerobohan oleh pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu dua tahun lalu, kata Linda.

“Adalah amat diharapkan kawalan keselamatan ini boleh terus dipergiatkan bagi menjamin keselamatan penduduk di Sabah secara khasnya dan keselamatan negara Malaysia secara amnya,” tambah Linda.

Menurut Linda, dengan terjaminnya faktor keselamatan ini, maka elemen-elemen ekonomi turut boleh berkembang dengan baik, apatah lagi negeri Sabah adalah amat terkenal dalam sektor pelancongan yang menjana pendapatan lumayan kepada negeri dan negara.







SEBAGAI TRANSSHIPMENT HUB RMK 11 DAP SABAH GESA KERAJAAN NAIKTARAF PELABUHAN SEPANGGAR... WONG




OLEH: SHAIMON S JUMADI



KUALA LUMPUR:- Ahli Parlimen   Sandakan Stephen Wong  menggesa Kerajaan persekutuan  menyeimbangkan harga barangan di Sabah dan Semenenanjung demi mempercepatkan pembangunan Sabah sekaligus berlaku adil dan mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat Sabah selama ini.

”Saya melihat, walaupun Kerajaan persekutuan mengambil inisiatif untuk menyeragamkan harga barangan di Sabah dengan peruntukan sebanyak RM1.25 billion dari tahun 2012 hingga 2015. Jelas apa yang diperhatikan, tidak wujud apa-apa perubahan dan ia membuktikan bahawa inisiatif penyeragaman harga barangan oleh kerajaan gagal mencapai matlamatnya” Kata Wong.


Wong berkata di Sabah, harga barangan lebih tinggi sebanyak 30 peratus dari Semenanjung Malaysia manakala pendapatan purata kita adalah lebih rendah sebanyak 30 peratus dari Semenanjung. Ia adalah sangat tidak adil ditambah  dengan perlaksanaan GST. Rakyat Sabah terpaksa bayar lebih walaupun pendapatan yang rendah.

“Dalam perkara yang sama kerajaan harus mencari jalan untuk meningkatkan pendapatan rakyat Sabah kerana ekonomi Sabah kurang berdaya saing dan gagal untuk mempelbagaikan sektor ekonomi dan mempertingkatkan tahap industri Katanya kepada media sejurus selepas menghadiri sesi soal jawab pada ucapan perbahasan keatas Usul Rancangan Malaysia ke 11 dipersidangan Parlimen kelmarin.


Menurut statistik anggaran kerajaan negeri, sektor secondary iaitu sektor pembinaan, pengindustrian dan pembuatan hanya menyumbangan kepada KDNK sebanyak 10 peratus sahaja berbanding Selangor yang memiliki sekitar 50 peratus. Malahan, Sarawak pula mencatatkan sebanyak 30 peratus. Ia bermaksud, dengan pencapaian ekonomi yang tidak mapan, ia tidak akan dapat membantu golongan pekerja dan rakyat Sabah menambah pendapatan sekaligus membawa kemajuan kepada Sabah.

Tanpa sektor perindustrian yang berjaya, aktiviti ekonomi hanya akan bertumpu kepada golongan yang tertentu sahaja walaupun Sabah mempunyai kekayaan sumber asli, seperti sektor oil and gas, sektor kelapa sawit dan sektor pelancongan pada masa yang sama ia mampu menghasilkan peluang pekerjaan yang mencukupi.

Wong  yang juga merupakan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sabah antara lain berkata Walaupun kerajaan negeri menentukan sasaran perindustrian melalui Pelan Pembangunan Koridor Sabah tetapi prestasinya amat mengecewakan dan boleh dikatakan gagal.

Selain itu, polisi kabotaj yang dilaksanakan lebih 30 tahun merupakan antara punca penyumbang kepada kenaikan harga barangan dan terus memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin. Ia juga dilihat sebagai melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli yang mana menjadi punca ekonomi Sabah tidak berdaya saing.

“Saya berasa hairan, walaupun lokasi Sabah lebih strategik yang dekat dengan negara perdagangan besar seperti China, Korea Selatan atau Japan berbanding negeri lain, tetapi jelasnya polisi kabotaj ini yang mengehadkan potensi negeri kita dan menjadikan prestasi pelabuhan kita amat mengecewakan” Katanya lagi

Dalam rancangan Malaysia kesebelas ini,  Kata Wong kerajaan telah mensasarkan meningkatkan prestasi Port Klang tetapi masalah yang dihadapi oleh pelabuhan di Sabah masih tidak diberi keutamaan. Dengan hadapi begitu banyak masalah perdagangan kita, pengindustrian kita yang gagal, dan juga pelabuhan kita yang tidak berdaya saing.

Tegas Wong setelah kerajaan telah menafikan bahawa polisi kabotaj bukan factor yang utama menyebabkan harga barangan Sabah yang lebih tinggi dan kurang berdaya saing di pelabuhan kita, dan kerajaan menerima cadangan untuk menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai “Far East Hub” dan “Transshipment hub”, tetapi kesemua ini langsung tidak disebut dan disentuh dalam rancangan Malaysia ini. Adakah ini sekali lagi membuktikan kerajaan menipu rakyat Sabah dan main wayang kulit yang tidak akan ditunaikan.

Jelas Wong lagi Sudah 30 tahun kerajaan melaksanakan polisi kabotaj ini dan ia telah melindungi syarikat-syarikat perkapalan yang bersifat monopoli telah mengakibatkan industry kita tidak berdaya saing kerana harga perkapalan itu adalah tinggi.

“Pada saya, mahupun kerajaan mansuhkan polisi kabotaj ini dan membenarkan full liberalization pengangkutan laut di Sabah, atau mengikut cadangan itu menaiktaraf pelabuhan Sepanggar kita sebagai Transshipment hub yang boleh meningkatkan daya saing pelabuhan kita dengan serta merta.


“Saya harap cadangan ini boleh dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ini supaya masalah secara lebih struktur pada Sabah boleh diselesaikan.” Ujar Wong lagi.

MPS MUNCUL JUARA KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI/WANITA PERINGKAT NEGERI PALA KETUA MENTERI


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Pasukan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) muncul sebagai juara Kejohanan Bola Tampar Terbuka Lelaki / Wanita Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-11 Piala Ketua Menteri apabila menewaskan Semporna A dalam perlawanan akhir yang sengit di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sandakan, Jalan Sibuga, Batu 5, dekat sini, petang Ahad lalu.

MPS menang 3:2 dengan 25-15, 25-16, 21-25, 23-25 dan 25-6 selepas pasukan lawan mengheret perlawanan hingga kelima set sekali gus memaksa kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk memenangi perlawanan tersebut.

Namun, kemahiran dan pengalaman pemain-pemain MPS yang sesetengahnya merupakan wakil Sabah berjaya menguasai semula perlawanan di set penentuan apabila menyekat kemaraan Semporna A yang cuba melawan.

Dengan kemenangan itu, MPS membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai RM2,000 berserta piala iringan manakala Semporna A menerima wang tunai RM1000 juga berserta piala.

Tempat ketiga jatuh kepada pasukan Kudat yang juga menerima wang tunai RM700 berserta piala sementara untuk kategori wanita pula menyaksikan pasukan Kudat muncul johan selepas menundukkan UiTM.

Pasukan Kudat turut menerima hadiah wang tunai RM1000 berserta piala dan naib johan RM700 berserta piala manakala pasukan Semporna yang memenangi tempat ketiga juga menerima RM500 berserta piala.

Hadiah-hadiah kepada pasukan yang menang telah disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan yang hadir sebagai tetamu khas menyaksikan perlawanan akhir sempena kejohanan berprestij edisi ke-11 itu.   

Sebanyak 18 pasukan lelaki dan 16 pasukan wanita dari seluruh negeri mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 22 Mei lepas anjuran Persatuan Bola Tampar Negeri Sabah (SAVA) dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang dikelolakan Persatuan Bola Tampar Daerah Sandakan (SANVA).

Terdahulu, Tawfiq ketika berucap pada majlis penutupan kejohanan tersebut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada SAVA di atas usaha serta komitmen mengelolakan kejohanan yang tepat pada masanya dalam usaha memacu kemajuan sekali gus memperkasakan lagi mutu sukan bola tampar di negeri ini.

Beliau yakin melalui penganjuran ini pihak persatuan akan dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang boleh digilap seterusnya diserapkan dalam pasukan bola tampar negeri Sabah.

"Saya juga yakin dan percaya usaha ini berupaya untuk meningkatkan prestasi serta kualiti sukan bola tampar yang bukan sahaja di peringkat daerah, bahkan juga di peringkat negeri dan kebangsaan.

"Saya difahamkan bahawa kejohanan pada kali ini merupakan medan pemilihan pemain pasukan negeri bagi menyertai kejohanan peringkat kebangsaan tahun 2015. Saya amat menyambut baik inisiatif SAVA di bawah Presidennya iaitu Datuk Haji Alipudin Puyon.

"Ia termasuklah penganjuran Kursus Kepengadilan Bola Tampar Kebangsaan. Saya percaya bahawa kursus seperti ini dapat meningkatkan kemahiran dan kewibawaan para pengadil bola tampar di negeri ini," katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata pihak persatuan perlu menubuhkan cawangan di setiap daerah bagi membolehkan pembangunan sukan bola tampar mudah menembusi sasaran peringkat akar umbi.
Malahan, katanya, kejohanan peringkat umur 12 tahun di peringkat bahagian wajar diperhebatkan sebelum perlaksanaan kejohanan peringkat yang lebih tinggi seperti kejohanan negeri.

Selain itu, harapannya agar persatuan dapat melantik jurulatih-jurulatih yang berkaliber bagi membimbing atlet-atlet yang dikenal pasti.

"Saya juga menyarankan agar pihak persatuan dapat mengadakan perbincangan dengan Sekolah Sukan Malaysia Sabah mengenai kemungkinan pengambilan atlet murid sukan bola tampar di sekolah tersebut.

"Saya yakin pencapaian sukan bola tampar akan meningkat jika sekiranya perancangan sedemikian dapat direalisasikan," jelasnya sambil berkata kementeriannya mempertimbangkan penambahan geran tahunan sekiranya persatuan menunjukkan prestasi yang membanggakan pada tahun ini.

Sementara itu, Alipudin ketika berucap percaya kerjasama antara pihak SAVA dan SANVA bersama-sama MPS akan dapat merealisasikan matlamat persatuan untuk melahirkan pemain-pemain yang berpotensi serta memiliki kualiti dan standard mutu permainan tersendiri.

Apatah lagi, katanya, kejohanan telah mendapat sambutan memberangsangkan daripada pasukan-pasukan bolatampar di setiap daerah.

"Dengan penyertaan yang cukup baik itu, jelas menunjukkan minat anak-anak muda dalam sukan bola tampar semakin tinggi yang terbukti melalui penganjuran setiap tahun ramai bakat-bakat baru dapat diketengahkan.

Saya yakin pemain-pemain berwibawa yang mampu membawa cabaran negeri Sabah akan dapat dibentuk kerana kebanyakan bakat mereka ini adalah seawal usia muda yang berpotensi maju.

Bagi pihak persatuan, perkembangan ini amatlah kita alu-alukan makanya sentiasa merancang untuk mengadakan kejohanan-kejohanan bola tampar supaya pendedahan dapat kita berikan kepada pemain-pemain muda.

Tidak mustahil kegemilangan negeri ini dalam sukan bola tampar khususnya, boleh berulang asalkan usaha meningkatkan pencapaian sukan bolatampar sentiasa dibuat," katanya selaku Pengerusi Penganjur Kejohanan.

Tambah beliau, masa depan sukan bola tampar Sabah boleh berkembang maju asalkan adanya komitmen tinggi terhadap perkembangan sukan tersebut.

Oleh hal demikian, katanya, pihak SAVA terus memberikan penekanan agar pembangunan sukan bola tampar dapat diberikan perhatian sepenuhnya apatah lagi kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman sentiasa menyokong terhadap usaha-usaha ini.

Serentak itu, ujarnya, kejohanan kali ini menjadi medan bagi memilih pemain yang akan diserapkan ke pasukan bola tampar negeri Sabah yang bakal mengambil bahagian dalam satu kejohanan besar di Kuala Lumpur nanti.

PELAKSANAAN GST MP BATU SAPI MINTA PIHAK KERAJAAN SENARAIKAN SEMULA HARGA BARANGAN





OLEh: AZMI AZMAN


SANDAKAN : Rancangan Malaysia Kesebelas ada kaitan rapat dengan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST  yang telah dilaksanakan sejak  April 1.

Adalah diharapkan sistem cukai yang diperkenalkan ini  mampu memberikan lebih hasil kepada pendapatan Negara, yang seterusnya boleh digunakan bagi menjana pembangunan serta memberikan faedah kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin dalam ucapan beliau ketika perbahasan di persidangan Parlimen kelmarin.

Melalui cukai barang dan perkhidmatan ini, amatlah diharapkan agar  transformasi dilaksanakan untuk memacu pembangunan negara dan pada masa yang sama terus mengutamakan kesejahteraan rakyat jelata, katanya. 

“Sehubungan dengan ini, institusi
sektor awam yang akan diselaraskan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas untuk produktiviti dan prestasi yang lebih tinggi dan usaha memperkemas sumber termasuk tenaga kerja dan pembiayaan adalah dialu-alukan,” tambah Linda.

Menurut Linda, sejak GST dilaksanakan, daripada maklumbalas orang ramai dan pemerhatian saya tentang perlaksanaan GST ini, saya ingin memberi beberapa cadangan untuk menambah-baik perlaksanaan GST ini. Pertama: demi meringankan beban pengguna terakhir dan membiasakan para pembayar cukai GST, dicadangkan kadar GST dikurangkan. 

Ini sangat penting dalam masa genting sekarang di mana nilai ringgit telah menyusut, harga komoditi seperti minyak mentah, minyak sawit, getah dan lain-lain telah jatuh. Kedua, supaya adil kepada pekedai dan pembeli, saya mencadangkan semua kedai mempamerkan papan tanda besar yang menyatakan kedai berkenaan mengenakan GSTserta nombor pendaftaran di pintu masuk dan di kaunter juruwang, beliau berkata.

Ketiga, saya menyarankan senarai barang-barang dan perkhidmatan yang dikecualikan GST dikaji semula. Saya mencadangkan semua perkhidmatan dan barang-barang yang diperlukan oleh pesakit dikecualikan GST, katanya lagi.


“Barang-barang keperluan harian, terutamanya yang digunakan oleh golongan miskin, contohnya, alat tulis yang digunakan oleh murid-murid,  ikan sardine\ dalam tin, mi segera dan tepung susu patut juga dikecualikan GST,” kata Linda.


80 PERATUS WARGA SANDAKAN BAKAN JADI JUTAWAN SEGERA JIKA MENYERTAI TONE EXCEL....KATA ANITA

80 PERATUS P-ENDUDUK SANDAKAN BAKAL JADI JUTAWAN SEGERA 

OLEH:  SHAIMON S JUMADI
FOTO ANITA SALAHDUDIN


BAKAL JADI JUTAWAN SEGERA.... Anita menyertai Tone Excel kehidupannya semakin berubah hidup senang lenang Nongkrong Neng omah duit neh tekoh deweh


SANDAKAN:- Promoter Tone Excel Cawangan Sandakan Anita Salahudin@ Honey Nita berkata Majlis  Sesi Dialog bersama Lembaga Pengarah Tone Group yang dilangsungkan dibilik mesyuarat Pejabat Tone Excel Cawangan Sandakan di Bandar Megah malam tadi yang betul-betul memberi menfaat kepada ahli-ahli Tone Excel Group.

INILAH WAJAH-WAJAH Bakal menjadi Jutawan di Sandakan menjelang tahun 2018 kerana Tone Excel

Sesi dialog yang bermula pada jam 8.00 pm dan berkahir jam 12.00 tengah malam telah dihadiri seramai 300 orang sebahagian daripadanya ahli-ahli Tone Excel Group yang datang dari pelbagai tempat.

 “ Usaha Tangga Kejayaan Bersama Tone Excel itulah tema sebenar pada sesi dialog  yang dianjurkan oleh Tone Excel Cawangan Sandakan” Kata Anita.

Kata Anita penglibatan masyarakat terhadap peniagaan Tone Excel di daerah Sandakan ada 6 orang 2 bumiputera dan 4 orang Cina telah bergelar Jutawan Tone Excel  kerana memperoleh keuntungan down line mengisi reload Tone  Excel telah mencecah pendapatan bersih antara RM16.000 hingga  RM20.000 setiap bulan.

“Ini saja caranya untuk membasmi kemiskinan tegar jika masyarakat golongan miskin tegar mahu menjadi kaya raya hidup mewah digelar Kelongmerad maka anda menyertai Tone Excel ini  jika ada mempunyai down line seramai 200 orang anda hanya tinggal duduk nongkrong dan goyang kaki di rumah tetapi income tetap masuk  keakaun anda sahaja” kata Anita.

Tambahnya lagi masyarakat kalau mahu hidup mewah jangan terlalu bergantung dan mengharapkan bantuan daripada kerajaan semata-mata berapa sen sangat batuan yang dibagi kepada setiap individu melainkan anda berdikari  sendiri dan joint Tone Excel mulai sekarang.

“Insya Allah anda dalam  setahun dua tahun jika anda mempunyai down line seramai 400 orang bukan alang kepelang pendapatan memang lumayan  kamu tengok kehidupan saya berubah lebih jauh sebelum saya menyertai Tone Excel sekarang pendapatan saya memang sukar dihitung “ujarnya.
  
“Kalau anda mahu jadi jutawan segera macam mee segera menjadi ahli Tone Excel  daftarlah sekarang bukannya mahal hanya RM95.00 sudah kena caj GST mahu kah anda hidup senang lenang macam saya   duduk nongkrong  dirumah setiap bulan duit masuk makanya anda jangan sia-siakan masa anda ayuh  joint Tone Excel” tegasnya.  No comments: 

NASI AMBENG/INGKUNG ADAT JAWA DI SABAH MUNGKIN PUPUS BERBANDING DI SEMENJUNG MASIH WUJUD



KUPASAN DARI MEJA  EDITOR KANAN
SHAIMON S JUMADI


PADA Tahun era 1950 an hingga akhir 1970 an di daerah  Sandakan banyak Kebun getah yang terletak di Batu 4 kepunyaan Syarikat Ngui Ah Kui ((NAK)  Batu 5, Sibuga, Batu 6 Jalan Labuk kebun kepunyaan Syarikat Man Woo Loong, Batu 7 Hap Chong .

Sementara Batu 10 Sandac Estate dan Sandala kepunyaan Harrison and Crossfield  Batu 3 kepunyaan Tong Huat , dalam pada itu banyak penemuan kapal  perang  tentera Jepun bangkai Bom dan topi tetapi masa itu mereka tidak menghiraukan langsung kalau pada masa sekarang dengan adanya pemenuan seumpama itu satu Malaysia  sudah tentu mendapat liputan meluas  media  dan diambil dimasukan Muzium (Arkib)  sebagai  khazanah   negara.

Berbalik mengenai   ladang tersebut Kebanyakan ladang-ladang getah yang dimasudkan  itu para pekerjanya yang menjadi penorek  70 peratus  adalah bangsa Jawa termasuk yang menjadi mandornyapun  orang Jawa sama ada Jawa bawaan kontrakan (Jerman) atau bawaan Jepun contohnya  di Sandala Estate mandornya Arwah Wak mandor Duraman, Sandac Estate arwah Wak mandor Rukiman, Batu 6 Arwah  mandor Wak  Awang, Sibuga mandor  Wak Entet, Batu 5  mandor Wak Busuh dan Batu 4  mandor arwah Kakek Jasman.

Yang anehnya walaupun sebahagian pekerja dilandang-ladang tersebut  ada juga  suku-suku lian  seperti Bangsa Sungai, Bajau, Suluk, Tidung, Banjar dan Kagayan 90 peratus sleng atau loghat percakapan mereka dipengaruhi loghat Jawa sebutan Kok ngapain kok ditengohin sudah sinonim dilidah mereka

Begitu juga kalau musim bulan Arwah (Bulan Sahban) mereka mengadakan kenduri walaupun bukan bangsa Jawa  mereka sudah terikut-ikut adat Jawa dengan menggunakan ambeng makan diatas daun pisang masakannyapun ala masakan Jawa tidak tertinggal rempeyek dan bergedel serta sambel lode.

Sehingga majlis perkahwinan walaupun mereka itu bangsa Suluk  dan sebagainya  pengantin lelaki dan perempuan memakai kostium Jawa  dingkat  macam raja, sebelum masuk pintu  pemgantin perempuan menyambut ketibaan lelaki dengan mencuci kaki dengan telur  ayam.

Pada sebelah malamnya ada persembahan Jaran Kepang (Kudang Kepang) Ketopra dan tarian Ronggeng tarian Jepong  tidak juga ketinggalan pancaragam dari sandakac Estate iaitu pencaragam Unplug kepunyaan arwah Haji Usir pemain  Akodian Sanusi Kario main Double Bass dan Arwah Ghani Muluk main Drum.

Bercakap tentang kenduri  arwah mereka suka duduk bersebelahan imam sebab bila selesai  membaca doa arwah imam tadi terus mengambil seekor ayam bulat direbus atau digoreng yang disebut Ingkung .

Sesiapa yang duduk dekat imam memang untung besar sebab iman tadi mematah- matah ayam (diperetelin) untuk di agih-agihkan kepada jemaah  inilah kelebihan zaman dulu, kebanyakan  orang-orang Jawa dulu yang sudah kembali kerahmattullah nak makan dodolpun sudah apa lagi kuih gemblong dan getuh ubi sudah banget.

Yang masih diwarisi oleh keturunan Jawa  yang ada sekarang ialah Pecel, Bergedel, Rempeyek, Gado-gado dan sate, termasuk  bakso serta tempe.

Adat-adat Jawa sebegini rupa kalau di semenanjung seperti  di Johor, Pontian Kota Tinggi, Muar, Parit Jawa, Mersing, Batu Bahat begetu juga di Banting Selangur adat resam Jawa nasi ambang masih ujud lagi  dan mereka masih mengamal adat Jawa terus dikekalkan dan diwarisi turun menurun berbanding di Sabah susah  untuk dianalisis
  
Cuma agak sedikit keliruan kalau di  Semenanjung mahupun di Sabah orang Madura pun di sebut Jawa Madura (tidak betul) orang Betawi pun dibilangi Jawa termasuk Sunda sebenarya mereka ini duduk di kepulauan Jawa yang Jawa  asli iala dari Surabaya, Semarang, Cerebon, malang   slengpun tak sama contoh terdekat si Sule Sunda dan si Adre Betawi  Rano Karno Betawi Hetty Koes Indang Sunda  Mas Tukul, Mas Parto dan si Nunung barulah Jawa.
Kalau  nak tahu Yb Datuk Seri Ahmad Zihid  Hamidi  Menteri Dalam Negeri (KDN) ayahya berasal dari Ponorogo Surabaya 

KAMARUL ZAMAN RASMI CAWANGAN TONE EXCEL SANDAKAN


                                                       OLEH: SHAIMON S JUMADI.

SANDAKAN:- Menceburi diri dalam dunia perniagaan Tone Excel memerlukan kesungguhan baru seseorang itu mencapai sasaran yang jitu.

Pertama ia memerlukan  sokongan banyak pengikut sebagai down line baru mendapat habuan yang lumayan, memanglah semua orang kalau baru menceburi apa saja bidang perniagaan  bermula dari bawah dulu tidak memperoleh untuk yang banyak  

Tone Excel ini satu peniagaan yang menguntungkan kalau kita ada down line tak usah ramai antara 30 orang pun sudah cukup boleh mendapat hasil yang lumayan dan bisa  memcecah ribuan ringgit sebulan.

Katakan kalau seorang down line mengisi reload RM5.00 hingga Rm10.00 sehari dalam sehari ada 30 orang down line mengisi kalau sebulan setiap orang belanja RM300.00 X 30 orang sudah berapa jumlahnya.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Tone Excel Datuk Kamarul Zaman ketika memberi ucapan  merasmikan Cawangan Tone Excel yang diadakan Pejabat Tone Excel di Bandar Megah petang tadi.
Katanya buat masa ini orang yang telah menggunakan reload excel seramai satu juta di seluruh Negara termasuk  di asia tenggara.

Sementara dalam ucapan Pengurus Cawangan Tone Excel Saandakan Beddu Jabir antara lain menjelaskan pendapatannya sebulan sebanyak RM7,000.00.

Beddu mempunyai down line setakat ini seramai 100 orang katakanlah  setiap seorang sebagai down line berbelanja RM10.00 sehari jika seramai 100 orang tadi berbelanja bukankah lumayan pendapatan.

Kata Beddu lagi sebelum ia menceburi dalam peniagaan Tone Excel dia bekerja diladang sawit sebagai penyelia ladang bergaji hanya RM1,500 sebulan  dalam makan gaji banyak tekanan yang sering berdepan dengannya.

Semenetara seorang wanita yang dikenali Anita Salahudin seorang promoter Tone Excel juga mempunya down line seramai 30 orang pendapatanya sebelum tidak kurang RM700.00.

“Saya hanya suka-suka saja tetapi disebakan saya mempunyai ramai down line  maka dengan itu mereka berbelanja setiap orang RM10.00X30 orang memang lumayan pendapatannya” kata Anita yang ditemui oleh Wartawan.