WANITA DAN KAUM IBU BATU SAPI DISERU MENYERTAI PROGRAM KOMUNITI 1 MALAYSIA......RAHIMAH

OLEH: SHAIMON  S JUMADI
FOTO RAHIMAH ASRAH

 ALBUM... Gambar kenang-kenang Rahimah bersama AJK Komuniti 1 Malaysia Taman Poh Hing.

BATU SAPI:- Puan Rahimah Asrah Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata penglibatan kaum wanita yang terdiri para kaum ibu dalam mengikuti program-program kemasyarakatan amat digalakan.

Katanya penglibatan kaum ibu selaian ia menjuruskan untuk  berintraksi  ia juga bagi menjalikan keharmonian dan perhubungan yang erat di kalangan penduduk setempat bagi mewujudkan kerjasama antara semasa ibu-ibu.


Rahimah berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Gubahan Buah dan Masakan Ikan Pelbagai Rasa anjuran Komuniti 1 Malaysia Taman Poh Hing dekat sini kelmarin.

“Saya menyeru kaum ibu agar mengikuti segala program yang dianjurkan oleh Komuniti 1 Malaysia selain untuk merapatkan jalinan mesra sesama sendiri ia juga dapat menimba pelbagai ilmu dalam beberapa sudut aspek. katanya.

Katanya apa saja program yang dijalankan oleh Komuniti 1 Malaysia khususnya Taman Poh Hing  pihak Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi sentiasa memberikan sokongan.

“Saya berterima kasih kepada Puan  Hajah Mariam Pundin  Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Taman Poh Hing dan juga Pengerusi JKDB Taman Poh Hing  Jainal Bilal kerana bersusah paya menganjur program tersebut dengan  jayanya.

“Satu usaha murni  sebegini  kita harus menghargai pengorbanan dan kemahiran wanita dalam bidang gubahan dan masakan harus ditingkatkan  Tahniah kepada semua peseta yang telah mengambil bahagian program ini”Ujarnya Rahimah.



No comments:

Post a Comment