TINGKATKAN PERANAN KAUNSILOR MPS DALAM MENYALURKAN SEGALA MASALAH RAKYAT

DARI KACAMATA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
sabahinsider14.blogspot.com





TERDAPAT banyak masalah timbul di beberapa kawasan taman-taman perumahan di bawah  selia Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tentang alam sekitar seperti longkang-parit sampah sarap lampu jalan dan rumput panjang ada yang telah diselenggarakan atau yang tidak diselanggarakan langsung.

Apa yang saya tulis ini   jujur saya katakan kita tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) ia hanya badan pentadibir saja yang kita pertikaikan ialah sikap Ahli Majlis (Kaunsilor) yang telah dilantik untuk memegang satu-satu tanggunjawab dalam menjaga satu-satu hal.

Kegagalan kaunsilor menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh MPS untuk menyalurkan segala maklumat berkaitan tentang sesuatu masalah di kawasan taman-taman perumahan dan lain-lain tempat punca kegagalan pihak MPS untuk melakukan kerja-kerja penyenggelaraan adalah berpunca daripada  kaunselor yang kurang aktif.

Masyarakat dan penduduk setempat terang-terang sudah  menyalahkan bulat-bulat kepada pihak MPS dalam konteks yang sama walaupun MPS mempunyai beberapa merinyu (Inspektor) dalam beberapa bahagian tidak mencukupi hanya beberapa kerat tenaga mereka sudah membuat tinjauan di satu-satu lokasi yang bermasalah.

Makanya kerajaan khususnya MPS melantik orang-orang yang layak untuk dijadikan kaunsilor  sebagai mata dan  telinga untuk membantu menyalurkan segala maklumat yang berkaitan apa saja masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat agar segera dipantau atau diatasi.

Pokok pangkalnya proatif kaunsilor dalam menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pihak MPS atas sokongan lantikan daripada wakil-wakil rakyat perlu ditingkatkan agar tidak timbul kepincangan dalam urusan hal ehwal pentadbiran yang dijalankan oleh MPS sebagai agensi/badan pentadbiran disesebuah daerah.


Semoga melalui coretan ini ianya bermanfaat kepada ahli-ahli Majlis MPS agar dapat memperbetulkan segala kelamahan-kelamahan untuk berkhidmat kepada masyarakat bagi kesejahteraan sejagat.

No comments:

Post a Comment