SETIAP KAWASAN PERUMAHAN HARUS TUBUH PASUKAN BOMBA SUKARELA....KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: RAHIMAH ARSAH



KARAMUNTING:- Setiap kampung mahupun dikawasan perumahan  dimestikan menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela untuk membantu sekiranya berlakunya sesuatu bencana seperti kebakaran disesuatu tempat.


Memandangkan kes kebakaran kini kerap berlaku  ramai orang telah kehilangan harta benda yang dikumpul bertahun-tahun lamanya  adalah wajar disetiap kawasan perumahan mahupun perkampungan menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela  sebagai persedian kalau berlaku sesuatu malapetaka yang tidak diundang itu.

Ketua Pergerakan  Wanita Bahgian UMNO Batu Sapu Rahimah Arsah berkata demikian ketika beliau membuat lawatan sambil menyaksikan pasukan bomba sukarela Kampung Karamunting kelmarin.

Katanya setiap ahli mahupun pasukan bomba sukarela akan diberi latihan intensif oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat  bagaimana cara-cara memadam api sekiranya sesuatu tempat itu kebakaran  seperti kilang-kilang dan juga rumah-rumah.


Rahima berkata Pasukan Bomba Sukarela dan Penyelamat Kampung Karamunting yang dipengerusi oleh Puan Oliah Juwita  yang mempunyai ahli seramai 30 orang memang sentiasa mengikuti latihan yang dijalankan oleh Pasukan Bomba dan penyelamat.


“Saya amat menghargai peranan dan sumbangan  Puan Oliah merupakan satu-satunya pengerusi wanita untuk pasukan sukarela Bomba dan Penyelamat di Malaysia, 
kita berbangga dengan semangat yang ditunjukkan dan membuktikan wanita mampu menyumbang bakti pada negara walau apa bidang sekali pun... Alhamdulillah semoga usaha membawa kebaikan demi Tanah air tercinta” Rahimah.




No comments:

Post a Comment