RAHIMAH SAMBUT BAIK PENUBUHAN KUMPULAN MARHABAN KG GAS

OLEH:- SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:- Ketua Bahagian Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah berkata penubuhan kumpulan Marhaban Kampung Gas yang diusahakan oleh Pengerusi Kumpulan Marhaban ini menjurus jalan kejayaan.

“Saya selaku Ketua Wanita UMNO Batu Sapi  amat penyokong usaha murni ini agar meneruskan menubuhkan kumpulan Marhaban ia sejajar dengan perkembangan syiar dakwah Islamiah di Negara ini” ujarnya.

Rahimah berkata  sebagai wanita yang bergelar ibu kita tidak semata-mata menumpuhkan pengurusan rumah tangga itu adalah wajib tetapi juga wanita juga mempunyai peranan yang lain selain menjaga rumah tangga ia juga perlu berkecimpung dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktivi-aktiviti keagamaan.

“Saya percaya dengan penglibatan kaum ibu khususnya wanita dalam perbagai persatuan NGO atau bidang arena politik  banyak menimba ilmu yang diperoleh hasil  perkongsian maklumat daripada kawan-kawan seangkatan” katanya.

Rahima berkata selanjutnya dengan penubuhan Kumpulan Marhaban di Kampung Gas sekaligus  dapat  mengharumkan  nama Kg Gas sisih masyarakat di kawasan Batu Sapi dalam meningkatkan  syiar dakwah  Agama Islam.



No comments:

Post a Comment